• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban

Oleh
Farisha
2 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemalangan di Seremban tinggalkan bayi 8 bulan yatim piatu menjelang raya

Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban. Hasrat sepasang suami isteri untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali di Sabah bersama cahaya mata tidak kesampaian apabila mereka terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin pagi.

Mangsa dan isterinya sedang menunggang motosikal ke tempat kerja apabila berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di persimpangan Forest Height 1 kira-kira pukul 7.10 pagi.

Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban
Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban. Sumber: majoriti

Kemalangan berlaku antara motosikal dan sebuah kereta Myvi

Menurut laporan, kemalangan itu berlaku apabila kereta remaja itu membelok ke simpang kanan di persimpangan berkenaan, manakala motosikal mangsa datang dari arah bertentangan dan melanggar sisi kiri kereta tersebut.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasrat pulang beraya di kampung halaman suami, namun tidak kesampaian

Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan berkenaan merancang untuk pulang beraya di Sabah bersama anak mereka yang berusia lapan bulan.

Ini sepatutnya kali pertama mereka meraikan Aidilfitri di kampung suami selepas berkahwin kira-kira setahun lalu. Malah, pasangan tersebut juga telah membeli tiket kapal terbang untuk perjalanan itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kecuaian Pemandu Ketika Memotong, 4 Beranak Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Keningau
Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persidangan DUN Ke-19 Penggal Ketiga Bermula Bulan Depan Persidangan DUN Ke-19 Penggal Ketiga Bermula Bulan Depan
Next Article Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?