• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching

Oleh
Farisha
3 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita dipenjara 1 bulan dan denda RM1.8k kerana mencuri bahan kek dan ayam mentah untuk Hari Raya di sebuah pasaraya di Kuching

Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching. Seorang wanita berusia 35 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam.

Wanita tersebut didakwa mencuri ayam mentah dan bahan-bahan membuat kek dari sebuah pasaraya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching
Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching. Sumber: Utusan

Tertuduh dipercayai mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda.

Mahkamah mendapat keterangan bahawa kejadian itu berlaku pada 29 Mac 2024, jam 12.09 tengah hari.

Seorang pekerja menyaksikan kejadian tersebut

Pencurian itu disaksikan oleh seorang pekerja pasaraya yang melihat tertuduh menolak troli berisi barang-barang runcit ke arah lif tanpa melalui kaunter pembayaran.

Pekerja itu menahan wanita itu dan membawanya ke bilik keselamatan pasaraya di mana laporan polis kemudiannya dibuat, dan tertuduh ditangkap.

Mempunyai masalah kewangan untuk beli bahan kek raya

Siasatan mendedahkan bahawa wanita tersebut mengaku mencuri barang-barang itu kerana menghadapi masalah kewangan untuk membeli bahan-bahan membakar kuih dan kek tradisional bagi menyambut Hari Raya yang akan tiba.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit
Wanita di Kuching dipenjara sehari, didenda kerana mencuri bra
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok
Next Article Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah Bunuh Rakan Asrama, 13 Pelajar Vokasional Kini Didakwa Di Mahkamah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?