• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Roadtrip To Indonesia’, Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan

Oleh
Aina Musa
31 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
'Roadtrip To Indonesia', Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan

Bakal beroperasi tidak lama lagi

‘Roadtrip To Indonesia’, Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan. Perkhidmatan bas rentas sempadan bagi laluan Kuching, Sarawak dan Singkawang, Indonesia dijangka bakal beroperasi pada tahun depan.

‘Roadtrip To Indonesia’, Kuching Tambah Laluan Bas Ke Singkawang Tahun Hadapan. Sumber: Suara Sarawak

Menteri Pengangkutan Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, perkhidmatan bas melalui Imigresen, Kastam, Kuaratin dan Keselamatan (ICQS) Biawak-Aruk (Indonesia) itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Jumlah kekerapan perjalanan sehari masih belum diputuskan

“Seterusnya, kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia mengenai jumlah perjalanan bas dalam sehari termasuk menyelesaikan beberapa proses lain seperti permohonan permit.

“Pihak kita juga sedang berusaha untuk mempercepatkan semua proses tersebut bagi memastikan perkhidmatan laluan itu akan beroperasi pada tahun hadapan.

“Bagaimanapun tempoh sebenar perkhidmatan itu akan bermula belum dapat diputuskan kerana ini turut melibatkan Kerajaan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja rasmi ke ICQS Biawak bagi meninjau persiapan di Pejabat Daerah Lundu, hari ini.

Menurutnya, cadangan permulaan daripada persatuan bas tempatan adalah untuk melaksanakan lima perjalanan keluar masuk setiap hari bagi kedua-dua negara berkenaan.

Laluan Kuching-Pontianak sudah pun beroperasi

Mengenai lawatan tersebut, Lee berkata ia bagi memastikan persiapan untuk perkhidmatan laluan tersebut berjalan lancar dan teratur apabila dibuka kelak, sama seperti laluan Kuching-Pontianak yang sudah beroperasi beberapa bulan lalu.

Untuk rekod, tempoh perjalanan darat dari bandar raya Kuching ke ICQS Biawak mengambil masa sekitar dua jam, manakala dari sempadan tersebut untuk ke Singkawang kira-kira tiga jam, seterusnya tiga jam lagi untuk sampai ke Pontianak, Indonesia.

Laluan tersebut juga membolehkan orang ramai pergi ke tiga bandar raya di Indonesia iaitu termasuk Singkawang, Pontianak dan Sambas, berbanding melalui ICQS Tebedu yang hanya melalui Pontianak dan Sangau.

Bercadang ‘liburan’ ke Indonesia? Jangan lupa rujuk itenari ini:

Liburan Ke Kalimantan Barat, Lelaki Ini Kongsi Panduan Bawa Kereta Sendiri Berserta Tips Memandu
Ini 6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’ Pontianak
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cabul Pesakit Ketika Pemeriksaan Kesihatan, Seorang Pegawai Perubatan Awam Di Kuching Dicekup Polis
Next Article Tular Dekorasi Dibatal Beberapa Jam Sebelum Majlis Di Kapit, Netizen Ikut Luah Perkara Yang Sama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?