• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka ‘Terperangkap’ Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang

Oleh
Husna Hazmi
12 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Baru-baru ini, kediaman Presiden Sri Lanka telah diserbu oleh penunjuk perasaan.

Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka ‘Terperangkap’ Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang. Dilapor daripada akhbar tempatan, Presiden Sri Lanka dipercayai terperangkap di lapangan terbang setelah dihalang pegawai imigresen untuk menaiki pesawat.

Presiden Gotabaya Rajapaksa sebelum ini telah berjanji untuk meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada peralihan kuasa secara aman sehubungan protes terhadapnya selepas krisis ekonomi di negara berkenaan.

Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka 'Terperangkap' Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang
Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka ‘Terperangkap’ Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang

Diserbu ribuan penunjuk perasaan

Rajapaksa yang berusia 75 tahun, telah meninggalkan kediaman rasminya di Colombo sebelum kediamannya diserbu ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu dan dipercayai dalam perjalanan ke Dubai.

Sebagai Presiden Sri Lanka, Rajapaksa mempunyai imuniti dari diberkas dan beliau dipercayai berniat untuk ke luar negara ebelum meletakkan jawatan bagi mengelak daripada ditangkap.

Niat beliau bagaimanapun telah dihalang oleh pegawai imigresen dan beliau juga dihalang untuk ke ruang VIP bagi urusan perjalanannya. Rajapaksa pula berkeras enggan melalui laluan awam atas alasan risau berdepan ancaman rakyatnya kemudiannya terpaksa bermalam di sebuah pangkalan tentera bersebelahan lapangan terbang antarabangsa bersama isterinya.

Dilaporkan juga beliau telah terlepas 4 penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Adik kepada Rajapaksa pula, Basil, juga telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada April dan turut mengalami nasib yang sama apabila beliau terlepas penerbangan ke Dubai setelah dihalang oleh kakitangan di lapangan terbang berkenaan.

Cubaan Larikan Diri, Presiden Sri Lanka 'Terperangkap' Berdepan Rusuhan Di Lapangan Terbang

Cuba membayar perkhidmatan

Basil dipercayai cuba membayar perkhidmatan berbayar di lapangan terbang, namun tidak berjaya.

Beberapa penumpang turut membantah Basil menaiki pesawat itu,” kata pegawai lapangan terbang pada AFP.

“Suasana menjadi tegang, lalu beliau meninggalkan lapangan terbang,” menurut sumber akhbar.

Basil kemudiannya dilapor mendapatkan pasport baharu selepas pasportnya terpaksa ditinggalkan di kediaman abangnya ekoran rusuhan ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu lalu.

Sumber rasmi melaporkan satu beg berisi dokumen kerajaan turut ditinggalkan di kediaman Rajapaksa dan turut dijumpai ialah wang tunai bernilai hampir RM1 juta.

Lagi di sini berita buat anda:

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini 'Sound' Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo
Next Article Portal Lapor Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Dirampas Waris Kesultanan Sulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?