• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula

Oleh
Ismail NA
14 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara ini diakui sendiri oleh DJ menawan itu semasa ditanya oleh penyampai radio tempatan.

Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula. Hujung minggu yang lalu merupakan minggu yang begitu meriah dan gempak, dengan kehadiran artis luar negara untuk memeriahkan lagi Bandaraya Kuching. Antaranya adalah seperti DJ Soda dan Alan Walker yang menjadi teraju utama untuk Borneo Music Festival 2022.

Tetapi, sebut sahaja nama DJ Soda, pasti ramai yang ingin tahu tentang orangnya. Sebelum ini, beliau sempat menyarungkan pakaian masyarakat Bidayuh dengan cantik dan melawat Borneo Cultural Museum. Kali ini, DJ menawan ini mahu bertemu janji dengan orang Sarawak pula!

Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula
Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula

Akui mahu ‘date’ atlet dari Sarawak

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh stesen radio tempatan, DJ Soda mengaku bahawa beliau mahu untuk ‘date’ atau berjanji temu dengan perenang asal Sarawak, Welson Sim.

Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula
Welson Sim, perenang Olimpik asal Sarawak. Kredit foto: @welsonsim (Instagram)

Perkara ini diakui sendiri olehnya sewaktu bermain sebuah permainan “Marry/Date/Ignore” bersama penyampai radio stesen radio berkenaan.

Sambil tersipu-sipu malu, beliau terus mengatakan ya sewaktu gambar Welson ditunjukkan kepadanya. Welson merupakan gambar pertama yang ditunjukkan kepada DJ Soda sebelum 4 lagi gambar artis dan pempengaruh asal Sarawak.

@hitzsarawak

Which of the following Sarawakian influencers is DJ Soda’s type? Let’s find out here! 😏 @DJSODA @RJ Lanny

♬ original sound – hitzsarawak – hitzsarawak

Selain Welson, DJ Soda juga memilih untuk bertemu janji dengan DBStory, pempengaruh yang berasal dari Miri, Sarawak.

DJ Soda kelihatan enjoy sewaktu berada di Kuching, Sarawak

Walaupun hanya sekadar hiburan, DJ Soda nampak tidak kekok dan sporting menjawab semua pertanyaan penyampai radio itu. Kepada peminat DJ ini di luar sana, pastinya anda sekarang dah tahu apa citarasanya dalam memilih pasangan. Hehe.

Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula
Kredit: TikTok @hitzsarawak

Untuk makluman anda, DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So-Hee berasal dari Korea Selatan dan merupakan seorang pemuzik DJ yang terkemuka di rantau Asia. Beliau pada tahun ini menginjak usia 36 tahun.

Menerusi video tersebut juga, DJ Soda nampaknya begitu menikmati masanya ketika berada di Kuching. Kalau ada masa dan rezeki, datanglah lagi. Iboh jerak padah orang Sarawak!

Ini pula ciri-ciri wanita idaman yang pernah didedahkan oleh Welson Sim, salah satu sebabnya mesti buat anda terkejut:

Mesti Suka Durian, Ketahui 4 Ciri-Ciri Wanita Idaman Perenang Olimpik Asal Sarawak Welson Sim
Baju Bidayuh Moden Diperagakan DJ Terkenal Undang Reaksi Tidak Enak Netizen
Tepis Dakwaan Buruk, Pemuzik Ini Kongsi Pengalaman Positif Di Borneo Music Festival 2022
SUMBER :TikTok @hitzsarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis
Next Article Netizen Di TikTok Teruja Winnie Albert Nyanyi Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ Di Pentas Meletop

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?