Alaa… sik perlu bah polah semua jadi isu 😅
Tepis Dakwaan Buruk, Pemuzik Ini Kongsi Pengalaman Positif Di Borneo Music Festival 2022. Baru-baru ini, pencinta EDM Sarawak mempunyai masa yang menyeronokkan pada hujung minggu lalu selama dua hari di Borneo Music Festival Live 2022 (BMFL 2022) yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak. Antara artis yang membuat persembahan ialah DJ antarabangsa DJ Soda dan Alan Walker, serta pemuzik tempatan seperti DJ MYVAX, At Adau dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, akan sentiasa ada yang tidak berpuas hati dengan event seperti ini. Di sebalik ulasan positif daripada pengunjung konsert, ada juga yang tampil mengkritik acara tersebut. Komen-komen negatif terbabit akhirnya mendapat perhatian pemuzik tempatan, Jackson Lian Ngau, yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik terkenal Sarawak, At Adau.

“Sarawakian, please lah. Ni baru sikit je terus macam2 isu,” – Jackson Lian
Pemuzik At Adau itu berkongsi rasa tidak senangnya dengan ulasan negatif netizen tentang BMFL 2022 melalui Facebook peribadinya.
Jackson Lian atau juga mesra dipanggil Lian mengingatkan netizen agar tidak menilai acara itu hanya dari video dan foto di Facebook serta akaun Facebook peribadi yang mengkritik acara tersebut. Malah, dia menyedari kritikan tidak hanya terhenti kepada penghibur – malah pengunjung acara juga turut diulas secara negatif.

Memandangkan At Adau juga merupakan antara performers untuk acara itu, Lian berkongsi pengalamannya membuat persembahan di BMFL dan juga menyaksikan performers lain membuat persembahan masing-masing.
Kalau korang nak tahu pengalaman saya selama 2 malam di BMFL 2022, penganjur memang tip top! Terbaik! Dari artis sehingga ke pengunjung diambil kira keselamatan, keselesaan dan keseronokan. Sebagai salah satu performer di sana, memang antara set up terbaik saya pernah lihat dan kami dijaga dengan baik, walaupun genre muzik (At Adau) ada off sikit untuk acara seperti ini,”
katanya.
Rasa berbesar hati diberi peluang untuk membuat persembahan di acara ini
Tambahnya lagi, mereka sekumpulan rasa berbesar hati diberi peluang untuk membuat persembahan di BMFL. Ya lah kan, bukan selalu diberi peluang untuk sama pentas dengan artis antarabangsa lain!
Lian juga turut mengulas tentang set up pentas, di mana dia memuji kualiti sound system dan lampu – malah, dia juga berkata set up di BMFL 2022 adalah set up terbaik yang pernah dia alami di atas pentas dan di luar pentas di Sarawak.

Perlu diingat, At Adau boleh dianggap sebagai kumpulan pemuzik veteran dan pernah membuat tour antarabangsa beberapa kali, jadi untuk mereka mengulas bahawa kualiti acara itu sangat bagus, ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan kerana ia bermakna pengunjung bukan tempatan Sarawak akan mempunyai pengalaman positif!
Selain memuji set up pentas, Lian turut memuji kualiti muzik yang dipersembahkan oleh artis tempatan dan bersetuju bahawa muzik yang dimainkan oleh artis tempatan adalah bertaraf antarabangsa.
Untuk artis lain, kita dapat nampak mereka pun enjoy, dan salute paling besar untuk DJ tempatan kita! Set dimain mereka saya boleh kata memang bertaraf antarabangsa! (Chaca Feroza dan Max Samuel), you guys rock! Bagi pengunjung pula, mereka memang enjoy. Kalau ada page media atau Facebook orang lain kata crowd kaku, tu memang mengarut! Ambil gambar dan video mesti lah, mereka hanya nak tangkap moment. Tak salah dan bagus juga, yang tak dapat pergi dapat mengalami pengalaman itu melalui posting gambar dan video mereka. Nak ucap terima kasih pun tak, tapi kecam je lebih!”
tambahnya lagi.


“Lain kali, beli tiket awal untuk merasainya,” – Jackson Lian
Lian juga mempunyai sepatah dua kata untuk mereka yang mengecam acara tersebut.
Yang acah2 ‘penauk’ (orang yang rasa dirinya lebih tahu), lain kali beli tiket awal. Datang dan merasainya sendiri. Lambat beli memang lah mahal. Daripada korang tahan hati tengok posting orang enjoy dan korang tak ada content, terus nak mengecam. Hargai lah bakat artist dan hargai lah penganjur yang membawa hiburan untuk kita di sini.”
ulasnya.
Tambahnya lagi, ini adalah peluang untuk orang tempatan merasai hiburan sebegini kerana hiburan berskala ini sering dibuat di Semenanjung Malaysia dan rakyat Sarawak seharusnya menghargai usaha yang dilakukan penganjur untuk menjadikan Sarawak sebagai lokasi acara antarabangsa.
“Semua konsert selalu dianjurkan di KL, cuba lah datang ke sini (Sarawak), orang Sarawak lebih open,” tapi ada segelintir orang hanya tahu mengecam je, dan 2 kali 5 dengan kaki kecam dan penunggang agama dari sana (Semenanjung Malaysia). Korang tahu tak berapa susah nak masukkan artis-artis ni dari luar ke sini? Selidik dahulu sebelum kecam!”
katanya lagi.

Mengulas kontroversi DJ Soda memakai baju tradisional Bidayuh yang diubah suai
Sebelum mengakhiri ulasan dia, Lian mengulas lagi tentang kontroversi DJ Soda memakai baju tradisional Bidayuh yang diubah suai dan menjadi perbualan netizen baru-baru ini.
Bagi mereka yang mengecam DJ Soda memakai pakaian Bidayuh (diubah suai), nanti masa perayaan Gawai, saya nak lihat macam mana korang peragakan pakaian korang. DJ Soda tidak disuruh datang ke sini untuk buat upacara Gawai dan perlu ikut betul-betul. Cukup cantik designer baju tu buat untuk DJ Soda. Terbaik, designer!”
katanya.
Bagi pendapat min, jika korang tak ada kat sana, lebih baik jangan mengkritik seolah-olah korang benar-benar berada di sana.
Untuk mereka yang tak dapat pergi atas hal peribadi, jangan pula tunjukkan perasaan negatif korang terhadap mereka yang memilih untuk pergi dan berseronok. Hormati pilihan orang lain dan semoga acara seperti ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk acara antarabangsa diadakan di Sarawak.