• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis

Oleh
Nazihah AN
14 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis

Suspek berusia 19 tahun ditahan pihak polis

Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis. Telah dilaporkan bahawa pihak polis menahan seorang suspek berusia 19 tahun kerana mengedar dadah. Barangan terlarang tersebut ditemui di dalam kereta suspek di belakang lot kedai komersial di Jalan Batu Kawa-Matang.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis
Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis

Barang yang terlarang disembunyi dalam kenderaan suspek

Menurut Abang Zainal, suspek cuba melarikan diri daripada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daerah itu tetapi berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan singkat pada jam 11 malam tadi.

Pihak polis curiga dengan aktiviti suspek dan cuba menahannya ketika dia sedang duduk bersendirian di dalam kedai kopi di lot kedai komersial itu.”

Difahamkan bahawa suspek membawa polis ke tempat letak keretanya, pencarian bahan terlarang tersebut dilakukan di hadapannya.

Kantoi Edar Dadah Di Lot Kedai Jalan Batu Kawa, Remaja Ini Ditahan Polis
Sumber: The Borneo Post

Namun suspek didapati negatif salah guna dadah

Di dalam kereta tersebut, pihak polis menemui satu paket plastik mengandungi bahan seperti kristal dipercayai syabu seberat 75.1 gram bernilai RM7,510. Turut ditemui empat paket plastik dadah dipercayai ganja seberat 32.35 gram bernilai RM1,617.50.

Semua dadah itu ditemui di dalam tempat letak tangan kereta,”

Dalam sebuah kenyataan, suspek didapati negatif penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Jelas Ketua Polis Daerah Padawan, suspek mengaku kepada polis bahawa dirinya terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah pada Jun tahun ini dan memperoleh dadah itu daripada pengedar tempatan di sini. Polis turut merampas seutas rantai leher emas bernilai RM5,913 daripada remaja itu.

Jabatan Premier Sarawak telah mengeluarkan satu pekeliling baharu tentang pengendalian gangguan seksual di tempat kerja. Baca lebih lanjut di pautan bawah:

Kerajaan Sarawak Keluarkan Pekeliling Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Khas Untuk Peminat Anime, Torabera ACG Fest Bakal Diadakan Di The Spring Mulai 16 September Ini Khas Untuk Peminat Anime, Torabera ACG Fest Bakal Diadakan Di The Spring Mulai 16 September Ini
Next Article Dah Pakai Baju Bidayuh, DJ Soda Mahu Bertemu Janji Dengan Jejaka Sarawak Pula

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?