• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai

Oleh
Aina Musa
28 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai

Satu lagi mercu tanda ikonik di Kuching dibuka buat orang ramai

Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai. Bandar Raya Kuching kini mempunyai mercu tanda ikonik terbaru yang pasti menarik perhatian pengunjung tempatan dan pelancong. Dataran Ibu Pertiwi, yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter, telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai, menambah satu lagi tarikan utama di ibu negeri Sarawak.

Dataran yang terletak berhampiran dengan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching ini dilancarkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam satu majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri Sarawak.

Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai
Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai. Sumber: Facebook

Perasmian ini turut disambut dengan meriah oleh warga Kuching yang hadir beramai-ramai untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, Dataran Pertiwi kini menjadi lokasi tumpuan untuk aktiviti riadah. Orang ramai dilihat berjoging, berjalan santai, serta menikmati pemandangan indah di sekitar dataran yang serba moden dan menarik ini. Selain itu, laluan di dataran tersebut juga menghubungkan Pengkalan Sapi dan sebuah kafe terbaru, English Tea House, yang baru sahaja dibuka.

Laluan ini dibuka buat orang ramai setiap hari!

Untuk info, laluan ini hanya dibuka untuk orang ramai dari jam 8 pagi hingga 11 malam untuk hari isnin hingga jumaat. Manakala, pada hari sabtu dan ahad dibuka dari jam 6 pagi hingga 11 malam.

Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai

English Tea House menawarkan pengalaman santai sambil menikmati hidangan teh dan pastri, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat selepas beriadah di Dataran Pertiwi. Kafe ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 11 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 6 pagi hingga 11 malam pada hari Sabtu dan Ahad.

Pembukaan Dataran Pertiwi diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong untuk ke Kota Kuching.

Baca lagi artikel menarik:

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib
Tertinggi Di Asia Tenggara, Tiang Bendera Ibu Pertiwi Masuk Malaysia Book Of Records
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Di Media Sosial, Remaja Dari Sarawak Bergelar Bapa Ketika Berusia 16 Tahun
Next Article 2 Pegawai Tinggi Polis Didakwa Terima Rasuah Tutup Kes Senjata Api Warga Israel Di Malaysia 2 Pegawai Tinggi Polis Didakwa Terima Rasuah Tutup Kes Senjata Api Warga Israel Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?