• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

Oleh
Husna Hazmi
21 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tanda hormat pemergian Tun Abdul Taib Mahmud

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib. Bagi menghormati pemergian mantan Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, bendera Ibu Pertiwi pada tiang bendera gergasi Sarawak di Kuching telah diturunkan separuh.

Dipetik dari laporan BERNAMA, pada jam 9 pagi tadi bendera yang dipasang pada tiang gergasi setinggi 99 meter itu sudah dikibarkan separuh tiang seperti yang telah diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini.

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib
Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

Bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang

Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan negeri ini akan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan di atas pemergian Abdul Taib berusia 87 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan perlu ditangguhkan.

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

Dataran Pertiwi yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri sebelum ini.

Menelan perbelanjaan sebanyak RM 30 juta, kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Lagi perkembangan terkini untuk anda di sini:

Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak
Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
Next Article Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K Tendang Dan Tampar Individu Di Lapangan Terbang Kuching, Lelaki Algeria Didenda RM1K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?