• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Langgar Perjanjian, SAINS Dan SiliconNet Technologies Tamatkan Kerjasama Dengan dBazzar

Oleh
Farisha
28 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

SAINS, SiliconNet Technologies putuskan hubungan dengan dBazzar ekoran tuduhan pelanggaran perjanjian

Didakwa Langgar Perjanjian, SAINS Dan SiliconNet Technologies Tamatkan Kerjasama Dengan dBazaar. Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dan anak syarikatnya, SiliconNet Technologies San Bhd (SNT), telah menyatakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai sebarang obligasi undang-undang atau kewangan, serta sebarang bentuk penglibatan atau hubungan dengan Bazzar San Bhd (DBSB).

SAINS mengeluarkan satu kenyataan akhbar hari ini sebagai tindak balas terhadap perkembangan terkini berkenaan kolaborasi syarikatnya dengan DBSB. SAINS dan anak syarikatnya, SNT, percaya adalah penting untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan baru-baru ini oleh ahli komuniti.

Didakwa Langgar Perjanjian, SAINS Dan SiliconNet Technologies Tamatkan Kerjasama Dengan dBazzar. Sumber: Dayakdaily

“Kami memahami kepentingan ketelusan dan ingin memberikan penjelasan mengenai penglibatan kami dalam perkara ini,” menurut kenyataan akhbar tersebut menurut sumber.

Menandatangai perjanjian pada 2021, namun perjanjian dilanggar oleh DBSB pada tahun 2023

Ia mendedahkan bahawa pada April 2021, SAINS, SNT, dan DBSB telah menandatangani perjanjian untuk menjalinkan kolaborasi dalam perniagaan e-dagang yang dinamakan dBazzar.

“SAINS bertanggungjawab menyediakan khidmat pengehosan aplikasi dan sokongan teknikal manakala SNT menyediakan SPayGlobal sebagai pintu gerbang pembayaran eksklusif untuk platform e-dagang berasaskan aplikasi mudah alih yang dimiliki oleh DBSB (dikenali sebagai ‘dBazzar.com’).”

“Perjanjian yang disebutkan itu telah dilanggar oleh DBSB pada suku ketiga 2023. Pada September 2023, SAINS menarik pelaburannya dalam DBSB dan secara efektifnya menamatkan peruntukan gerbang pembayaran SPayGlobal kepada DBSB pada awal tahun ini.

“Berikutan penamatan perjanjian tersebut, bermula sekarang SAINS dan SNT tidak lagi mempunyai sebarang obligasi undang-undang atau kewangan serta sebarang bentuk penglibatan atau hubungan dengan DBSB,” kata SAINS.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan dBazzar:

Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi
Next Article Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching Dua Rakan Bawah Umur Mengaku Bersalah Curi Motosikal Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?