• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar

Oleh
Nazihah AN
26 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar

Chong Chieng Jen Desak Parlimen Bincang Isu dBazzar

Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar. Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen membangkitkan kebimbangan mengenai aplikasi tempatan, dBazzar yang didakwa menghalang pengguna dari mengeluarkan wang mereka.

Beliau menyatakan sejak Kerajaan Sarawak meluluskan platform e-dagang tersebut pada November 2021 dan fakta bahawa sebuah agensi kerajaan negeri – Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) – mempunyai 10 peratus saham dalam syarikat itu, ramai rakyat Sarawak digalakkan menggunakan dBazzar untuk membayar pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan hutang kad kredit dengan balasan rebat tunai dan bonus komisen.

Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar
Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar

Didakwa Halang Pengguna Sarawak Keluarkan Wang, Ini Penjelasan Aplikasi Tempatan dBazzar

“Pada Februari tahun ini, ramai pengguna dBazzar mendapati wang yang mereka bayar kepada dBazzar tidak digunakan untuk tujuan pembayaran dilakukan dan mereka tidak dapat mengeluarkan dana mereka dari platform tersebut.

“Hasilnya, dianggarkan berdatus, jika tidak beribu rakyat Sarawak, mempunyai dana berjuta-juta ringgit terperangkap dalam dBazzar Sdn Bhd,” kata Chong dalam kenyataan hari ini.

Chong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, mendedahkan penyiasatan mendapati SAINS telah memindahkan kesemua 10 peratus saham dalam dBazzar Sdn Bhd pada Januari tahun ini.

Menyedari sesuatu tidak kena dan bimbang jutaan ringgit mereka mungkin hilang sepenuhnya, Chong berkata ramai pengguna aplikasi ini telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Susulan itu, Chong sendiri telah mengemukakan usul kecemasan di bawah Peraturan Tetap 18(1) kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membincangkan isu dBazzar.

Beliau berkata Speaker akan menentukan pada Rabu (27 Mac) sama ada usul itu akan dibentangkan di Parlimen atau tidak.

“Memandangkan ia melibatkan kepentingan awam di mana ramai terjejas dan melibatkan jumlah wang awam yang besar, maka menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mengambil tindakan dan Parlimen membincangkan perkara ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dan membantu pengguna mendapatkan semula wang mereka dari dBazzar Sdn Bhd,” tegasnya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, dBazzar Sdn Bhd mendakwa telah mengumumkan pelaksanaan Pelan Penstrukturan Kewangan 2.0 pada 28 Februari yang sedang dilaksanakan berikutan cabaran kewangan syarikat akibat kegagalan pemberian dana yang dijanjikan.

Syarikat itu berharap sebarang dakwaan palsu atau salah faham mengenainya akan terbukti tidak berasas selepas penjelasan diberikan. Ia menegaskan komitmennya untuk mengekalkan saluran komunikasi yang efektif.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Terkejut Duit Lesap Dalam Simpanan, Bekas MP Miri Saman Bank RM10 Juta
BNM Keluar Kenyataan Rasmi Mengenai Quantum Metal
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Parti Bumi Kenyalang Sarawak Desak Kerajaan Negeri Bela Jenama Tempatan KK Mart
Next Article Padah Berjudi Di Tempat Awam, Lelaki Dari Miri Didenda RM1000 Padah Berjudi Di Tempat Awam, Lelaki Dari Miri Didenda RM1000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?