• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini

Oleh
Ismail NA
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini. Hari raya merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga dan menikmati kegembiraan. Namun, bagi segelintir, ia bertukar menjadi tragedi apabila melibatkan kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ada yang terkorban.

Menerusi Operasi Selamat 22 yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada musim perayaan tahun ini, pihak polis Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan jalanraya.

Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini
Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini. Ihsan FB IPD Sri Aman.

Tahun ini, sebanyak 8,804 saman telah dikeluarkan di seluruh negeri Sarawak, berbanding 7,316 saman tahun lalu, menyaksikan peningkatan sebanyak 491.7 peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, peningkatan ketara ini disebabkan penguatkuasaan menyeluruh dan bersasar terhadap kesalahan trafik yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tumpuan juga diberikan untuk memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.

Namun begitu, usaha penguatkuasaan ini tidak dapat mengelakkan berlakunya peningkatan kemalangan sepanjang musim perayaan. Sepanjang tempoh Ops Selamat tahun ini, sebanyak 354 kemalangan telah direkodkan, peningkatan sebanyak 8.9 peratus berbanding 325 kemalangan direkodkan tahun lalu.

Daripada jumlah ini, tujuh nyawa terkorban akibat kemalangan maut, di mana empat daripadanya adalah penumpang kereta dan tiga lagi penunggang motosikal.

Mancha menyatakan bahawa antara punca utama peningkatan kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan terutamanya apabila memandu melebihi had laju, sekali gus menyebabkan pelanggaran kenderaan.

Selain itu, faktor keadaan jalan serta kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menyumbang kepada kemalangan maut.

Dalam usaha membendung tragedi yang tidak diingini, Mancha mengingatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan prihatin terhadap keselamatan diri dan keluarga.

Kesedaran dan tanggungjawab bersama amat diperlukan bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman serta perayaan berjalan dengan selamat dan bahagia.

Sebelum ini, geng pemancing digemparkan dengan kehadiran entiti asing di perairan Sarawak:

Kapal Pengawal Pantai China Tiba-Tiba Muncul Di Sarawak, Geng Pemancing Panik Dan Cemas
Kecantikan Kek Lapis Sarawak Menarik Perhatian Media Antarabangsa
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank Lelaki Dari Kuching Didenda RM1K Miliki Wang Hasil Penipuan Dalam Akaun Bank
Next Article Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?