• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai ‘Roundabout’ Matang Di Kuching

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai Roundabout Matang Di Kuching

Kenapa digelar roundabout paling kontroversi oleh warga Kuching?

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai ‘Roundabout’ Matang Di Kuching. Bulatan atau roundabout ialah persimpangan jalan berbentuk bulat tanpa lampu isyarat atau papan tanda berhenti.

Tujuan sebenar di sebalik reka bentuk menarik bulatan ini adalah untuk mengalirkan trafik dengan lancar dan mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya, terutamanya di persimpangan jalan.

Tahukah anda, selain Sabah, Sarawak juga merupakan negeri yang paling banyak memiliki roundabout.

Bahkan, ada yang menggelar Sarawak sebagai ‘Sarawak Darul Roundabout‘ sebagai jenaka. Sebut sahaja, sekecil bulatan sehingga ke bulatan besar yang diibaratkan sebesar padang bola semuanya ada di sini!

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai 'Roundabout' Matang Di Kuching
Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai ‘Roundabout’ Matang Di Kuching. Kredit: Facebook

Sehinggakan kadang-kadang jumlah roundabout yang terlalu banyak di tengah-tengah jalan ini dikatakan menyusahkan kerana mengelirukan pengguna.

Sebagai contoh, bulatan di Jalan Metrocity menghala ke Emart, Matang.

Sekiranya anda warga Kuching, pasti anda cukup mengenali roundabout ini. Difahamkan, bulatan ini dikatakan roundabout paling famous di Kuching.

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai 'Roundabout' Matang Di Kuching

Bukan sahaja popular, roundabout ini turut memegang gelaran bulatan paling kontroversi di Kuching. Fuhh macam artis! Dari kisah tragik sehingga cerita yang menghiburkan semuanya boleh didengar di sini.

Ini antara kompilasi lucu dari netizen mengenai bulatan ini!

Menurut netizen, setiap kali keluar dari bulatan ini terasa memandu di litar F1. Mana tidaknya, mereka yang mahu keluar daripada bulatan tersebut terpaksa memecut laju gara-gara tidak diberi laluan oleh kenderaan yang berada di dalam bulatan itu.

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai 'Roundabout' Matang Di Kuching
Kredit: Facebook

Tambah pula lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan dan padat dengan penduduk.

Susulan itu, ramai juga berkongsi sikap pemandu yang memandu secara membabi buta di roundabout sehingga ada yang sanggup membuat ‘memes’ bagi menyindir golongan ini.

Digelar Bulatan Paling Kontroversi, Ini Kompilasi Lucu Mengenai Roundabout Matang Di Kuching

Buat yang jarang melalui bulatan ini diminta berhati-hati kerana sesetengah pemandunya dikatakan ‘bijak’. Misalnya kenderaan dari arah paling kiri terus memasuki lane kanan sehingga membahayakan orang lain. Sukati dia je nak DIY jalan!

Bukan itu sahaja, kawasan ini juga dikatakan sering sesak disebabkan oleh sikap pemandu yang jenis ‘teragak-agak’ untuk keluar dari bulatan itu.

Lambat sikit, confirm makan ‘sumpah’.

Untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku apa kata kita semua jadilah pemandu yang bijak dan ada common sense!

Baca lagi artikel menarik:

Emart Matang Muat Naik Gambar ‘Cover Photo FB’, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Terhibur
Kenapa Sarawak Banyak Roundabout?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jadi 'Role Model' Kepada Content Creator, Khairul Aming Titip Nasihat Padu Kepada Anak Muda Jadi ‘Role Model’ Kepada Content Creator, Khairul Aming Titip Nasihat Padu Kepada Anak Muda
Next Article Sabah Tubuh Syarikat Penerbangan Sendiri Menjelang 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?