• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo

Oleh
Husna Hazmi
19 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Digelar Haiwan 'Terhodoh' Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo

Babi berjanggut merupakan haiwan yang amat unik sekali.

Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo. Berusia sekitar 180 juta tahun, hutan di pulau Borneo merupakan rumah kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang unik. Kali ini, mari ketahui secara ringkas mengenai antara haiwan unik yang boleh ditemui di Pulau ini iaitu babi berjanggut Borneo.

Dikenali sebagai babi bodoh atau Jukut atau nama english nya Bornean Bearded Pig, babi berjanggut Borneo ini merupakan haiwan terlindung dan boleh ditemui di Pulau Borneo.

Digelar Haiwan 'Terhodoh' Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo
Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo

Janggut di bahagian atas hidungnya

Apa yang unik dan membezakan Babi berjanggut Borneo dengan spesiesnya yang lain adalah janggut di bahagian atas hidungnya.

Bagi babi berjanggut Borneo jantan mempunyai janggut yang lebih menonjol lagi daripada betina dan ekornya pula berjurai lain daripada spesis babi yang lain.

Hidup dalam berkumpulan, babi berjanggut Borneo paling aktif pada siang hari dan menghabiskan masanya untuk mencari buah-buahan mengikuti kera (babi berjanggut Borneo tergolong dalam spesis haiwan omnivores), berehat, berjalan atas lumpur dan juga tidur.

Digelar Haiwan 'Terhodoh' Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo
Kredit foto: Twitter Ghaneshwaran Balachandran

Boleh memanjat, melompat dan berenang dengan baik

Pada malam pula, ia akan mengembara dan berteduh di kawasan belukar hutan. Babi berjanggut Borneo juga boleh memanjat, melompat dan berenang dengan baik membuatkannya senang untuk mengembara.

Oleh kerana diburu dan dihancurkan habitatnya, babi berjanggut Borneo kini diancam kepupusan dan merupakan haiwan terlindung disenaraikan dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Walaupun digelar haiwan paling hodoh di dunia, babi berjanggut Borneo ini juga memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem.

Lagi haiwan menarik yang anda boleh ketahui di sini:

https://www.iloveborneo.my/kenali-dolphin-rare-empesut-dan-mengapa-ia-berstatus-haiwan-terlindung-sepenuhnya-di-sarawak/
Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
SUMBER :animalia.bio
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini
Next Article Ada Mi Celup, Char Kuey Teow, Alia Kopitiam Kota Samarahan Tawar Pelbagai Menu Menarik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?