• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini

Oleh
Aina Musa
19 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini

Guna isi ayam dan daging sebenar

Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini. Sekiranya anda tercari-cari hidangan untuk minum petang atau makan malam, jangan lupa untuk cuba shawarma dan kebab daripada Kupiki Grillers ini.

Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini. Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Istimewanya menu di kedai ini, mereka tidak menggunakan ayam ataupun daging cincang segera tetapi mereka menggunakan ayam dan daging sebenar serta diperap dengan rempah istimewa mereka.

Setiap gigitan yang dimakan pasti berbaloi!

Menu yang dihidangkan

Selain shawarma dan kebab mereka turut menghidangkan beberapa menu lain. Antaranya ialah sandwich dan roti john.

Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini
Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Dikatakan, kebab dan shawarma mereka antara menu bestseller di kedai itu. Mungkin disebabkan oleh perapan rahsia yang digunakan oleh mereka menjadikan menu itu antara menu popular.

Kebab daging antara menu yang paling cepat dijual. Tengok sahaja gambar ini, fuhhhhh.

Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Penggemar sandwich pun boleh cuba hidangan sandwich daripada kedai ini. Nampak menarik dan juicy dengan lelehan sos yang sedap.

Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Manakala, roti john atau roti panjang yang diisi dengan carikan ayam ataupun daging turut menjadi pilihan pelanggan di kedai itu. Ditambah pula dengan hirisan keju dan sos keju istimewa serta aroma mentega selepas dipanggang pasti menggiurkan pelanggan yang datang.

Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Lokasi dan waktu berniaga

Kupiki Grillers ni boleh dianggap sebagai ‘hidden gems’ jugak kerana lokasinya tersembunyi sebaris dengan bangunan MARQ8T.

Difahamkan Kupiki Grillers ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari ahad.

Untuk waktu operasinya pula adalah dari jam 3 petang sehingga 10 malam.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari Facebook mereka iaitu Kupiki Grillers.

Pening cari tempat makan menarik sekitar Kuching? Boleh rujuk di sini:

Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching
Kegemaran Penduduk Tempatan, Ketahui 6 Kedai Mi Kolok Lokal Terbaik Di Kuching

SUMBER :FB Kupiki Grillers
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum
Next Article Digelar Haiwan 'Terhodoh' Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?