• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Buah Langgir, Buah Syampu Semula Jadi Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
8 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenali Buah Langgir, Buah Syampu Semula Jadi Di Sarawak

Buah Langgir ini juga dikenali sebagai Buah Syampu.

Kenali Buah Langgir, Buah Syampu Semula Jadi Di Sarawak. Salah satu buah eksotik yang kini jarang ditemui, buah Langgir adalah sejenis buah serbaguna yang boleh didapati di Sarawak.

Buah Langgir ini biasanya tumbuh dikawasan tanah subur perkampungan di Bumi Kenyalang ini. Berbentuk bulat dan besarnya seperti buah manggis, nama saintifik bagi buah Langgir ini adalah Xanthophyllum.

Dikenali Sebagai Buah Syampu, Kenali Buah Eksotik Sarawak Langgir
Dikenali Sebagai Buah Syampu, Kenali Buah Eksotik Sarawak Langgir. Sumber foto: Suara Sarawak

Isi buahnya dikatakan manis, masam dan unik

Jika masak, buah ini akan berwarna kekuning-kuningan dan berwarna hijau jika belum masak. Isi buah ini pula berwarna putih dan kelihatan seperti kapas.

Rasanya yang manis, masam dan unik membuatkan buah eksotik ini menjadi kegemaran penduduk tempatan. Buah ini juga mempunyai cara makannya tersendiri untuk mengelak daripada gatal apabila menikmatinya.

Selain daripada enak untuk dimakan, buah serba guna ini juga boleh dijadikan syampu atau sabun. Masyarakat Iban pada zaman dahulu menggunakan kulit buat Langgir ini untuk membuat syampu organik mereka.

Dikenali Sebagai Buah Syampu, Kenali Buah Eksotik Sarawak Langgir
Sumber foto: FB Ketuanan Iban Sarawak

Kulitnya dijemur sehingga kering boleh dijadikan syampu

Apabila kulit buah langgir ini dijemur sehingga kering, ia kemudiannya ditumbuk sehingga halus. Apabila dicampurkan dengan air, kulit buah langgir yang sudah ditumbuk halus tadi boleh mengeluarkan buih dan boleh dijadikan syampu atau sabun.

Isinya boleh dimakan kulitnya pula boleh dijadikan syampu, tidak hairanlah ramai yang menggelarnya sebagai buah serbaguna.

Lagi buah eksotik di Sarawak yang anda boleh ketahui di sini:

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak
Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Next Article Terlentang Atas Rumput Lepas Jatuh Dari Flat, Budak 14 Tahun Maut Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?