• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial

Oleh
Husna Hazmi
23 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Penat sekali pun bekerja, pelanggan adalah punca rezeki peniaga.

Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial. Memang tak dapat disangkal hampir semua orang pernah mengalami isu dilayan buruk oleh pekerja di sebuah tempat makan mahupun apa-apa tempat perniagaan.

Namun hal ini bukan hanya berlaku kepada pelanggan sahaja, ada juga kejadian yang berlaku di mana pelanggan pula yang bersikap biadap dengan pekerja. Oleh itu, kita sebagai pelanggan mahupun pekerja di sesebuah pusat perniagaan perlu menghormati satu sama lain.

Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial
Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial. Kredit foto: Tangkap layar dari Facebook Nona Salleh

Luah kekecewaan dilayan biadap oleh pekerja tempat berkenaan

Berkongsi pengalamannya di sebuah outlet pastri yang terletak di Bintang Megamall Miri, wanita ini telah meluahkan kekecewaannya terhadap seorang pekerja di tempat berkenaan.

Dalam perkongsiannya di Facebook dia berkata salah seorang pekerja di cawangan pastri terkenal itu melayannya dengan tidak beradap. Ketika dirinya menanyakan tentang menu yang dijual di kedai berkenaan, pekerja tersebut menengkingnya dan menjawabkan soalannya dengan tidak sopan.

Cara percakapan pekerja di kedai tersebut dikatakan amat tidak beradap kerana setiap persolan yang ditanyakan oleh wanita tersebut dijawab dengan nada yang tinggi dan marah.

Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial
Kredit foto: Tangkap layar dari Facebook Nona Salleh

Wang baki dilempar, kemudian terima kasih tak dibalas

Ketika membuat pembayaran pula, pekerja berkenaan bertindak wang baki wanita tersebut dan apabila wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepadanya, pekerja tersebut tidak membalasnya serta menjeling pelanggan tersebut.

Sikap pekerja tersebut telah membuatkan wanita itu kecewa dan lalu meluahkan perasaannya itu di Facebook agar orang lain juga turut berwaspada jika singgah ke kedai tersebut.

Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial
Kredit foto: Tangkap layar dari Facebook Nona Salleh

Di ruangan komen ada yang mengadu mendapat layanan buruk sama seperti wanita tersebut

Anehnya, di ruangan komen terdapat beberapa netizen yang meluahkan pengalaman serupa dengan wanita tersebut di mana mereka mendapat layanan biadap dari pekerja di kedai itu.

Ada beberapa juga netizen di ruangan komen mengatakan pekerja-pekerja di kedai tersebut penat melayan pelanggan yang terlampau ramai sehingga tidak larat lagi untuk melayan pelanggan mereka dengan baik.

Adakah alasan terlalu penat bekerja boleh diguna pakai sebagai pas percuma untuk anda menengking seseorang yang hanya ingin membeli sesuatu di kedai anda? Apapun, diharap agar kita semua mengambil pengajaran di atas kejadian ini agar menghormati di antara satu sama lain.

Buat para pekerja yang bekerja melayan pelanggan di luar sana, diharap anda boleh bersikap lebih sabar dan profesional manakala buat para pelanggan, sama-samalah kita menghormati pekerja-pekerja ini dan melayan mereka dengan penuh rasa hormat.

Budi bahasa kan budaya kita.

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

Lelaki Iban Ini Sering Dibuli Semasa Buat ‘Live’, Netizen Berang Dengan Sikap Orang Sarawak Sesama Sendiri
Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
SUMBER :Facebook Nona Salleh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro
Next Article Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ibu Bapa Ambil Kesempatan Atas Wang Bantuan Anak Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?