• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS

Oleh
ILB - AI
5 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS

Permohonan dibuka mulai sekarang hingga 30 Jun 2021

Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS. Dilaporkan bahawa peniaga dan penjaja kecil baharu yang tidak berlesen boleh memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 mulai 1 Jun hingga 30 Jun tahun ini.

Sementara itu, bagi mereka yang berlesen, maklumat akan didapatkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dari sistem perlesenan sedia ada.

Hingga 30 Jun 2021 Sahaja, Penjaja Dan Peniaga Kecil Baharu Yang Tidak Berlesen Boleh Mohon BKSS

Syarat kelayakan

Antara kriteria untuk layak mendapatkan BKSS bagi penjaja dan peniaga kecil tidak berlesen adalah:

  • Rakyat Sarawak
  • Menetap dan berniaga di Sarawak
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Perniagaan dijalankan secara fizikal (mengendalikan gerai makanan, kiosk, gerai tepi jalan) dan bukan secara dalam talian
  • Perlu didaftar dengan PBT untuk mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT
  • Tempoh permit tersebut adalah dari Jun hingga November 2021

Maklumat permohon mesti sahih dan permohonan tidak akan dipertimbangkan jika terdapat sebarang penipuan.

Pengendali kiosk seperti ini adalah antara penjaja/peniaga yang layak memohon BKSS ini. Kredit: WorldOrgs

Bayaran akan disalurkan menerusi SarawakPay

Menurut laporan, penerima BKSS sebelum ini tidak perlu memohon permit namun status akaun SarawakPay mereka harus dikemaskini. Jadi, bagi peniaga yang sudah menerima BKSS 2020 tidak perlu membuat permohonan semula tetapi maklumat SarawakPay harus dikemaskini.

Untuk memohon, permohonan boleh dibuat menerusi https://community-service.sarawak.gov.my/ atau secara manual di PBT masing-masing.

Bagi pendaftar secara dalam talian, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan pasangan
  • Gambar passport terkini pemohon
  • Gambar gerai/tempat perniagaan
  • Dokumen sokongan pengesahan perniagaan
  • Salinan lesen komposit/permit (jika berkenaan)

Pemohon harus mendaftar aplikasi SarawakPay untuk memudahkan pembayaran dilaksanakan.

Fasa pertama BKSS berjumlah RM750 akan disalur melalui SarawakPay dan akan dibayar pada bulan Julai. Manakala bagi baki RM750, ia akan dibayar di bawah fasa kedua pada bulan Disember 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipercayai Alami Kemurungan, Polis Berpangkat Koperal Dari Kuching Sarawak Ditemui Mati Gantung Diri
Next Article Peluang Dibimbing Oleh Pengasas Fave, Jom Sertai TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?