• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat ‘Iban’ Ini

Oleh
Ismail NA
2 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Mengapa pula tak cukup ‘Iban’ agaknya ya?

Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat ‘Iban’ Ini. Apakah makna keluarga Sarawak buat anda? Adakah cukup sekadar kad pengenalan anda berhuruf K; atau memiliki darah keturunan kaum peribumi Sarawak semata-mata?

Kisah yang dikongsikan oleh seorang pensyarah ini nyata menarik perhatian ramai tentang jiwa dan penghayatan sebagai rakyat Sarawak.

Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat 'Iban' Ini
Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat ‘Iban’ Ini. Sumber: FB Madeline Berma

Disangka orang Semenanjung, rupanya…

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pensyarah, Dr. Madeline Berma di laman Facebook nya, beliau nyata tersentuh mendengar sendiri kisah seorang jururawat yang merawatnya di Hospital Sibu.

Bercerita lanjut, beliau yang pada ketika itu terlantar di katil hospital dihampiri oleh seorang jururawat. Seperti biasa, jururawat itu yang ingin memantau tahap kesihatan kemudiannya memperkenalkan diri.

Sewaktu detik awal perkenalan itu, ‘first impression’ Dr. Madeline kuat mengatakan bahawa jururawat tersebut adalah seorang jururawat yang berasal dari Semenanjung dan kini sedang bertugas di Hospital Sibu. Namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila jururawat tersebut menjawab pertanyaan tentang asal usulnya.

Dr. Madeline seolah-olah tidak percaya apabila jururawat tersebut memberitahu bahawa dirinya berasal dari Julau. Lebih membuatkan pensyarah ini kehairanan, jururawat ini dengan bangganya memperkenalkan dirinya berketurunan Iban. Bahasa Ibannya juga begitu lancar.

Dikatakan tidak cukup ‘Iban’ kerana warna kulit

Sesi rawatan tersebut segera bertukar menjadi sebuah sesi berkongsi cerita. Rupanya, jururawat tersebut dibesarkan oleh pasangan wanita Iban dan bapa berketurunan Kenyah. Beliau diangkat oleh pasangan tersebut daripada keluarga 8 adik-beradik di Perak sewaktu pasangan tersebut bertugas sebagai pasukan keselamatan.

Sebagai anak tunggal pasangan berkenaan, jururawat ini menceritakan bahawa dirinya dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Apabila bapanya bersara, mereka kembali ke Sarawak dan tinggal di sebuah rumah panjang di Julau, Sarawak dengan cara hidup dan adat resam Iban yang sebenar.

Walau bagaimanapun, jururawat ini sering dibuli di sekolah kerana dikatakan tidak cukup ‘Iban’ seraya menunjukkan warna kulit di lengannya.

Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat 'Iban' Ini
Dr. Madeline Berma (kiri) bersama jururawat Iban, Azline Pius Abdullah (kanan). Sumber: FB Madeline Berma

Dr. Madeline menceritakan bahawa jururawat ini sempat merenung jauh selepas menceritakan kisah hidupnya.

Tidak lupa asal usul, setia menjaga ibu bapanya sehingga akhir hayat

Setelah dewasa, wanita yang dipanggil tidak cukup ‘Iban’ oleh rakan di sekolahnya itu diterima menjadi seorang jururawat dan bertemu jodoh dengan lelaki Melayu. Meskipun kini sudah beragama Islam, namun jati dirinya masih teguh beridentitikan bangsa Iban.

Perbualan mereka dilanjutkan lagi. Jururawat tersebut turut menceritakan bahawa ibu bapanya tetap tinggal bersamanya. Apatah lagi jururawat tersebut adalah satu-satunya anak tunggal mereka. Tanggungjawab menjaga orang tua masih digalas oleh jururawat tersebut meskipun kini berbeza agama.

Setiap hari Ahad, saya bawa mereka ke gereja. Apabila mereka meninggal dunia, saya adakan sembahyang Kristian untuk mereka. Bila saya ada duit lebih, saya pun baiki bilik di rumah panjai (rumah panjang),”

Sebelum jururawat itu beredar untuk merawat pesakit yang lain pula, beliau sempat tersenyum dan meyakinkan Dr. Madeline bahawa beliau sememangnya memiliki sebuah bilik di rumah panjangnya dan beliau adalah seorang Iban.

Disangka Asal Semenanjung, Pensyarah Tersentuh Dengar Kisah Hidup Jururawat 'Iban' Ini
Sumber: FB Madeline Berma

Sedar tak sedar, air mata Dr. Madeline mula membasahi pipinya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut yang bernama Azline Pius Abdullah kerana jururawat itu sedar tak sedar mengajarkannya erti kemanusiaan.

Ujarnya Dr. Madeline, “Kita sama, semuanya sama. Yang beza, hanyalah kehidupan,”.

Sesungguhnya perkongsian ini membawa makna yang begitu besar untuk kita hayati sebagai anak Sarawak. Dalam suasana kehidupan yang berbilang kaum, toleransi bukanlah sekadar melihat pada warna kulit semata-mata. Sebaliknya, toleransi akan menjadi lebih indah jika kita dapat memberi erti dan membawa nilai positif dalam kehidupan manusia di sekeliling kita.

Semoga cepat sembuh Dr. Madeline!

Baca juga kisah kehidupan berbilang agama di Sarawak yang pastinya membuatkan anda bangga hidup sebagai anak Sarawak:

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
SUMBER :FB Madeline Berma
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Guna Kuasa Untuk Habuan Sendiri, Timbalan Ketua Menteri Sabah Diarah Bela Diri
Next Article Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?