• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Disangka Babi Hutan, Pesara Tentera Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu

Ekspedisi bertukar tragedi

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan. Hutan cukup sinonim dengan kawasan berburu, bukan hanya diduduki manusia pada zaman dahulu malah merupakan sebuah rumah untuk binatang buas.

Namun berlaku suatu tragedi apabila seorang pesara tentera maut dipercayai ditembak rakan sendiri sewaktu berburu di kawasan hutan Kampung Giam, Padawan.

Lapor media tempatan, mangsa berusia 64 tahun itu meninggal dunia di lokasi dengan beberapa kesan tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan
Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan

Kronologi kejadian tembak rakan sendiri

Sebelum kejadian, kira-kira jam 8 pagi mangsa bersama adik dan dua rakannya masuk ke kawasan hutan Kampung Giam untuk memburu babi hutan dengan bantuan anjing.

Sekitar jam 11.45 pagi, tembakan dilepaskan pada jarak lebih kurang 20 meter selepas salah seorang daripada mereka mengesan pergerakan binatang seperti babi hutan.

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan
Gambar hiasan

Rakan mangsa lalu melepaskan tembakan kedua selepas melihat binatang itu seperti mahu melarikan diri dan setelah diperiksa dia mendapati yang ditembak adalah rakan sendiri.

Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang ahmad, rakan mangsa yang berburu bersama iaitu tiga lelaki masing-masing berumur 59, 70 dan 80 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan
Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan. Kredit foto: FB IPD Padawan

Polis turut merampas selaras senapang patah, dua kelongsong peluru, satu butir pelur, sebuah buku kebenaran membawa dan menggunakan senjata api serta lesen senjata api.

Suspek ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan
Berburu di hutan. Kredit foto: Detik

Sebenarnya, kes sebegini bukan sekali dua malah sudah sering kita lihat berlaku di negara ini terutamanya melibatkan aktiviti berburu dan penggunaan senjata api.

Selain berburu, apa kata kita try aktiviti memancing di Selalang ni:

Khas Untuk Kaki Pancing, Rumah Rakit Selalang Tempat Terbaik Untuk Anda
https://www.iloveborneo.my/air-terjun-lusong-laku-lubok-memancing-ikan-kayangan-empurau/
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil
Next Article 'Elsa in real life', Pertama Kali Ke Sabah Lelaki Ini Kagum Dengan Kecantikan Miss World 2021 Pertama Kali Ke Sabah, Netizen Kagum Dengan Kecantikan Miss World 2021 Bagai ‘Elsa Frozen’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?