• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

Oleh
ILB - AI
15 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hilux Ditemui Dalam 'Longkang' Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

Kita pula tertanya-tanya

Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya. Semasa musim tengkujuh dan banjir kilat berlaku, kadangkala beberapa benda berakhir di tempat yang tidak sepatutnya dan akan ditemui sebaik sahaja banjir surut.

Mungkin inilah yang berlaku kepada sebuah kereta 4×4 di Sabah apabila ditemui di dalam longkang sehingga membuatkan netizen mempersoalkan bagaimana kereta itu berakhir di situ.

Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

Gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan sebuah kereta Hilux di bawah longkang

Baru-baru ini, beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta Hilux yang ditemui di dalam longkang mendapat perhatian netizen.

Gambar terbabit, dikongsi oleh laman Facebook Info Lalu Lintas Sabah, menunjukkan sebuah Hilux berwarna merah berada di bawah ‘jambatan’ longkang. Dalam gambar, kereta itu kelihatan dalam keadaan baik namun tiada maklumat mengenai pemandunya.

Kereta Hilux tersebut ditemui di dalam longkang. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah
Keadaan kereta tersebut. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah
Lokasi kereta itu ditemui. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

Netizen tertanya-tanya bagaimana kereta sebesar itu berada di situ

Tinjauan pada ruangan komen mendapati netizen tertanya-tanya bagaimana kenderaan terbabit berada di situ. Malah, ada yang membuat jenaka tentang situasi tersebut.

Antaranya seperti:

Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah
Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah
Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

Namun, seorang netizen tampil menjelaskan perkara sebenar mengikut maklumat yang dia ada tentang situasi itu.

Difahamkan, kenderaan tersebut milik seorang anggota IPD Penampang. Semasa banjir semalam, pemandu kereta berkenaan mahu patah balik kerana tidak dapat balik dan dalam perjalanan ke Petronas Donggongon, dia tersasar memandu ke longkang berkenaan. Pemandu terbabit pula dikatakan telah diselamatkan pada hari yang sama dan hanya keretanya sahaja berada di lokasi kejadian.

Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

Nasib baik pemandu tu terselamat. Harap2 kereta dia ni dapat dikeluarkan secepat mungkin dan tidak mengalami kerosakan melampau.

Lagi di sini:

Sabah Cipta Sejarah, Bakal Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Pertama Di Malaysia
Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT Selepas Sah Debut Sebagai DJ HotFM, KJ Kini Dilantik Jadi Pengarah Kelab Bola JDT
Next Article Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?