• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf

Oleh
Husna Hazmi
8 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Zoey memberi penjelasan serta memohon maaf atas tindakannya.

Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf. Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang selebriti Malaysia, Zoey Rahman melempar makanan ke arah komuniti Bajau Laut di Sabah.

Di dalam video tersebut, Zoey berkongsi rasa sedih sehingga mengalirkan air mata mengenang keadaan komuniti Bajau Laut di Sabah ini yang berlumba-lumba mendapatkan makanan.

Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf
Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf

Memohon maaf atas perbuatannya yang dianggap biadab

Namun, apa yang meraih perhatian netizen adalah apabila dia membaling makanan kepada mereka dan perbuatannya itu dikatakan biadab.

Dia kemudiannya memohon maaf atas sikapnya yang dianggap biadab tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk bertindak tidak sopan dengan membaling makanan.. Dia berkata, jika tidak berbuat sedemikian, orang lain di belakang pasti takkan dapat bahagian mereka.

Dia juga menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat sedemikian kerana bimbang akan keselamatan mereka yang berada di atas bot berkenaan.

Isu Video Tular Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut Sabah, Zoey Rahman Mohon Maaf

Berkongsi pengalamannya ke Semporna, Sabah

Sebelum ini, Zoey Rahman berkongsi pengalamannya ke Semporna, Sabah dengan memuatnaik beberapa video dirinya di negeri di Bawah Bayu berkenaan. Dia juga sempat melawat suku kaum Bajau Laut yang memang terkenal di negeri itu.

Untuk pengetahuan anda, suku kaum Bajau Laut ini kebanyakkannya menetap di perairan Semporna, Sabah dan tidak memiliki mana-mana taraf kewarganegaraan. Oleh keraba tinggal di kawasan perairan, mereka amat bergantung kepada aktiviti menyelam untuk mendapatkan sumber makanan.

Diharap agar kita semua boleh mengambil pengajaran di atas perkara seperti ini, tidak semua yang kita lihat itu perlu ditafsirkan kepada sesuatu yang negatif. Jika kita berada di dalam situasi seperti itu, anda rasa apa yang akan anda lakukan? Pastilah lain orang lain reaksinya kan, jadi renung-renungkanlah diri kita ini dahulu. Oleh itu, kita perlu mengetahui dahulu sesuatu perkara itu sebelum membuat penilaian.

Ketahui kaum Bajau Laut dan kisah sedih komuniti di sini:

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah
Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
SUMBER :Yoy.my
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Buat Laporan Palsu Kerana Enggan Bayar Denda IC Baru, Wanita Ini Didenda RM1K Sanggup Buat Laporan Palsu Kerana Enggan Bayar Denda IC Baru, Wanita Ini Didenda RM1K
Next Article Ini Adalah 5 Kisah Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak 5 Kisah Lagenda Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?