• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dulu Hidden Gem, Lepas Trending Sampah Sarap Mula Penuhi Pantai Trombol Kuching

Oleh
ILB - AI
19 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Dulu Hidden Gem, Lepas Trending Sampah Sarap Mula Penuhi Pantai Trombol Kuching
Gambar dari kuchingsarawak.com & netizen di Facebook
Sedih bila mengenangkan tiada kesedaran menjaga alam sekitar untuk generasi seterusnya

Dulu Hidden Gem, Lepas Trending Sampah Sarap Mula Penuhi Pantai Trombol Kuching. Pantai Trombol yang terletak di Telaga Air, Kuching dahulunya merupakan satu hidden gem untuk penduduk sekitarnya. Pantai Trombol ini mempunyai keluasan dan panjang keseluruhan pantainya yang mirip Pantai Pugu yang terletak di Lundu lantas menjadikannya satu lokasi yang mula mendapat perhatian untuk penduduk Kuching selepas prosedur operasi standard (SOP) COVID19 mula dilonggarkan untuk kemudahan rakyat.

Namun begitu, dalam kemeriahan Pantai Trombol yang kini trending terutamanya kerana aktiviti rendas daerah masih tidak dibenarkan, muncul pula satu sisi hitam yang secara tidak langsung menggambarkan ketidakmatangan sesetengah kelompok dalam masyarakat.

Sampah sarap tinggalan mereka yang meluangkan masa di situ mula kelihatan dengan jelas terutamanya sampah sampah yang tidak boleh terurai sendirinya seperti plastik, botol, bekas bekas makanan ringan dan sebagainya. Ini belum lagi termasuk dengan sampah sarap sedia ada yang hanyut pada awalnya dibawa oleh arus dari laut.

SUMBER GAMBAR

Amat menyedihkan untuk dilihat apabila sampah sarap ditinggalkan sebegitu sahaja oleh pengunjung yang tidak mempunyai sivik. Sifat pentingkan diri sendiri mereka tersebut bukan sahaja bakal menghancurkan dunia untuk generasi masa hadapan, malah boleh membahayakan ekosistem laut terutamanya apabila air pasang besar dan sampah sarap tersebut hanyut semula ke dalam laut.

Umum kita mengetahui bagaimana penyu adalah salah satu spesies yang sangat teracam kerana perbuatan manusia yang tidak mempunyai sivik dan memilih untuk membuang sampah merata rata ke dalam laut. Sampah sarap di lautan juga boleh menganggu ekosistem perikanan yang merupakan pembekal sumber protein sihat seperti ikan dan banyak lagi makanan laut yang lain.

Buat anda yang tidak tahu, Pantai Trombol merupakan sebuah lokasi tarikan PERCUMA. Jarak perjalanan dari Kuching ke Pantai Trombol adalah sekitar 45 minit. Bagi anda yang ingin berkunjung ke sana, pastikan anda membawa akal fikiran yang waras agar kemudiannya anda mempunyai kesedaran untuk tidak membuang sampah merata rata dan membawa kembali bekas bekas makanan anda balik bersama anda.

Cukuplah bagaimana lokasi lokasi seperti Masja, Kompleks DUN Lama dan sebagainya yang dihurungi sampah pada hujung minggu sebelum dikutip oleh petugas kebersihan pada keesokan harinya. Sayangilah dunia kita.

Jangan pula nanti apabila pihak berkuasa masuk campur dan mula mengetatkan undang undang, anda semua marah. Bertanggungjawablah dengan bersama sama mempunyai sifat terpuji yang mudah iaitu menjaga kebersihan.

Sebelum ini, Pantai Telok Melano yang mula dibuka kepada pihak awam 2 tahun lepas pernah menjadi mangsa mereka yang tidak mempunyai sivik. Begitu juga dengan Air Terjun Bengoh, yang juga telah dikotorkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.


Jika anda berkunjung ke mana mana lokasi pelancongan dan melihat mana mana individu membuang sampah sarap, kami harap anda boleh mengambil inisiatif dengan menegur atau merakam perilaku individu individu tersebut. Mungkin cara terakhir untuk mengajar mereka agar mempunyai kesedaran.

Di Sandakan, Sabah mereka yang membuang sampah merata rata akan diarahkan menjalani khidmat komuniti dan memakai vest baju tertera MONYET. Baca lebih lanjut di bawah :
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/jadi-monyet-jika-buang-sampah-merata-rata-di-semporna/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ucap Terima Kasih Sarawak, Sharnaaz Ahmad Puji Keenakan Laksa Sarawak Ucap Terima Kasih Sarawak, Sharnaaz Ahmad Puji Keenakan Laksa Sarawak
Next Article Gunung Kinabalu Sabah Sudah Dibuka Untuk Kunjungan Awam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?