• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

E-Invois LHDN Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Oleh
Farisha
7 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Dilaksanakan 1 Ogos ini, namun diwajibkan mulai Julai 2025

E-Invois LHDN Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu. Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pengenalan e-Invois LHDN dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan cukai di negara ini, selari dengan pertumbuhan ekonomi digital.

Menurut sumber, portal BDO Malaysia menyatakan bahawa e-Invois merupakan bukti digital transaksi antara pembekal dan pembeli. Ini sekaligus menghapuskan keperluan penggunaan invois kertas dengan membolehkan perniagaan menjana dan menyimpan versi invois yang boleh dibaca mesin dan didigitalkan. Selain itu, e-Invois juga memudahkan proses pengebilan dan pembayaran yang lebih efisien.

E-Invois LHDN Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
E-Invois LHDN Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pembayar cukai diwajibkan menggunakan e-Invois pada tahun hadapan

Dalam pada itu, e-Invois membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Pelaksanaan e-Invois di Malaysia dijadualkan bermula pada 1 Ogos 2024, yang hanya tertakluk kepada pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil melebihi RM100 juta. Sistem ini kemudian akan diperluaskan mulai 1 Januari 2025 kepada pembayar cukai dengan pendapatan tahunan atau hasil antara RM25 juta hingga RM100 juta. Akhir sekali, e-Invois akan diwajibkan kepada semua pembayar cukai di Malaysia bermula 1 Julai 2025 tanpa mengira perolehan tahunan atau hasil mereka.

Semua individu dan entiti yang sah di bawah perundangan dikehendaki mematuhi keperluan e-Invois, termasuklah persatuan, kumpulan orang, cawangan, amanah perniagaan, koperasi, syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), perkongsian, tabung amanah hartanah, amanah harta, amanah pelaburan hartanah, pejabat perwakilan dan pejabat wilayah, badan amanah, dan unit amanah.

Di Malaysia, terdapat dua model e-Invois yang tersedia bagi pembayar cukai:

  • Portal MyInvois yang dihoskan oleh LHDN: Portal MyInvois boleh diakses oleh semua perniagaan. Walau bagaimanapun, portal ini hanya sesuai untuk jumlah data yang kecil dan boleh digunakan oleh Perusahaan Bersaiz Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME).
  • Antara Muka Atur Cara Aplikasi (API): API dalam format XML atau JSON. Penggunaan API memerlukan pelaburan untuk teknologi dan pengubahsuaian pada sistem semasa. Walau bagaimanapun, kaedah ini sesuai untuk penjanaan e-Invois bagi perniagaan besar yang melakukan transaksi dalam jumlah yang besar.

Panduan untuk e-Invois yang bakal dilaksanakan ialah pengeluaran e-Invois menjadi sah apabila penjualan atau transaksi dibuat (termasuk pelarasan e-Invois), pembekal menjana e-Invois dan menyerahkannya kepada LHDNM melalui MyInvois Portal atau API untuk pengesahan.

Pengesahan masa nyata oleh LHDNM dilakukan bagi memastikan piawaian dan kriteria yang diperlukan dipenuhi. Setelah disahkan, pembekal akan menerima Nombor Pengecam Unik melalui MyInvois Portal atau API. Kedua-dua pembekal dan pembeli akan dimaklumkan melalui MyInvois Portal atau API sebaik sahaja e-Invois telah disahkan.

Selepas pengesahan, pembekal bertanggungjawab untuk berkongsi e-Invois kepada pembeli. Kod QR boleh digunakan untuk mengesahkan kewujudan dan status e-Invois melalui Portal MyInvois. Bagaimanapun, pembeli/pembekal boleh menolak/membatalkan e-Invois dengan alasan dalam tempoh 72 jam dari masa pengesahan e-Invois. Dalam pada itu, kedua-dua pembekal dan pembeli mempunyai pilihan untuk meminta dan mendapatkan semula data e-Invois melalui Portal MyInvois.

Maklumat lanjut mengenai e-Invois boleh dibaca di laman web rasmi https://www.bdo.my/en-gb/home.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Laporan Audit Negara Dedah Projek Bekalan Air Sabah Sarawak Tak Capai Objektif, Ini Sebabnya
Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

SUMBER :Siakap KeliBDO Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Berpotensi Besar Dalam Industri Permainan Video Global
Next Article Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?