• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

Oleh
Nazihah AN
7 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

Pramugara Pertama AirAsia yang Bersara pada Usia 60 Tahun

Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun. Menginjak usia emas tidak menghalang seorang pramugara dari terus mengejar impian dan mengharungi langit biru. Nordin Razali, pramugara berusia 60 tahun dari Kuching, Sarawak, telah mengabdikan diri dalam industri penerbangan selama 35 tahun.

Beliau memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines pada tahun 1989 sebelum berpindah ke AirAsia pada tahun 2006. Meskipun menghadapi pelbagai cabaran seperti gelora udara, Nordin tetap berpegang teguh kepada pekerjaannya.

Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

Pramugara Pertama AirAsia Bersara pada Usia 60 Tahun, Dedah Rahsia Awet Muda

Nordin menegaskan kepentingan kesabaran, kemahiran komunikasi, serta persediaan mental dan emosi dalam melayani pelbagai ragam penumpang. Menurutnya, pekerjaan sebagai pramugara memerlukan stamina, kekuatan fizikal, disiplin, dan penjagaan kesihatan yang baik.

Beliau bersyukur dapat berkhidmat di sektor domestik dengan AirAsia, membolehkan beliau meluangkan lebih masa bersama keluarga. Nordin juga bercadang untuk menubuhkan syarikat hospitaliti sendiri, memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang dikumpul sepanjang kariernya.

Dengan penampilan yang masih segak serta bertenaga melayan penumpang dan memastikan keselamatan mereka, ramai tidak menyangka bahawa anak jati Kuching ini sudah berusia 60 tahun.

“Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pramugara. Semuanya berlaku secara semula jadi selepas menamatkan pengajian di universiti pada tahun 1989. Inilah pekerjaan terbaik yang saya dapat ketika itu, dan akhirnya menjadi kerjaya yang sebati dalam diri sehingga ke hari ini,” katanya kepada Bernama.

Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

Memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines sebelum ‘berhijrah’ ke AirAsia, pelbagai pancaroba dilalui sebagai anak kapal termasuklah pesawat dilanda gelora udara. Namun, Nordin menganggapnya sebagai asam garam pekerjaan.

Beliau bertuah kerana masih dapat berkhidmat dalam industri penerbangan tanpa mengorbankan masa bersama keluarga, terutamanya setelah mendapat tawaran dari AirAsia untuk sektor domestik berpusat di negeri kelahirannya.

Berkongsi ‘rahsia’ bertahan dalam pekerjaannya, Nordin, bapa kepada empat orang anak, berkata bahawa kesabaran, kemahiran komunikasi, serta persediaan mental dan emosi yang mantap amat penting dalam melayan pelbagai ragam penumpang.

Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun
Kenali Nordin Razali, Pramugara Bersara Asal Kuching Ini Masih Tampil Muda Pada Usia 60 Tahun

“Ramai yang menyangka pekerjaan ini glamor. Hanya perlu senyum dan menyapa penumpang, tapi apabila sudah bekerja, baru tahu ia tidak seperti yang disangka. Sebab itu ada yang tidak bertahan lama dan berhenti. Anak kapal memerlukan stamina, kekuatan fizikal, serta kekuatan mental untuk menguruskan situasi kecemasan atau penumpang yang sukar,” katanya.

Disiplin dan penjagaan kesihatan yang baik seperti faktor pemakanan dan senaman turut menjadi kunci dalam memberi perkhidmatan terbaik dan kekal relevan.

Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan yang juga memiliki sebuah kafe ini turut merancang menubuhkan syarikat hospitaliti sendiri pada masa depan untuk memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak
Bekas Pekerja Airline Kongsi Tips Elak Kecederaan Akibat Gelora Udara Semasa Penerbangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article E-Invois LHDN Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
Next Article Kenali Jonah Chang Rigan, Atlet Kelahiran Sarikei Pecah Rekod Lontar Peluru Kebangsaan Kenali Jonah Chang Rigan, Atlet Kelahiran Sarikei Pecah Rekod Lontar Peluru Kebangsaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?