• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Bakal Tampil Artis Luar Negara, Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching Kembali Lagi April Ini

Oleh
Aina Musa
20 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Bakal Tampil Artis Luar Negara, Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching Kembali Lagi April Ini

Bakal disertai oleh artis antarabangsa

Bakal Tampil Artis Luar Negara, Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching Kembali Lagi April Ini. Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2024 kembali lagi pada tahun ini yang akan diadakan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) pada 5 hingga 7 April 2024.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan berkata, ekspo anjuran bersama oleh Skrang Tattoo Studio dan Inkzation Studio itu menyaksikan penyertaan artis tatu tempatan dan antarabangsa pada kali ini.

Bakal Tampil Artis Luar Negara, Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching Kembali Lagi April Ini. Sumber: Utusan Borneo

“Sebanyak 45 gerai disediakan untuk tatu artis yang telah mengesahkan kehadiran mereka seperti artis tatu dari Holland, Sweden, India, Perancis, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Filipina,” katanya dalam sidang media di Bangunan Baitulmakmur 2 di sini hari ini.

Snowdan memberitahu lagi, 12 kategori pertandingan tatu akan diadakan pada ekspo tersebut iaitu Seni Tatu Tradisional; Tatu Kecil; Tatu Borneo Moden; Tatu Terbaik Harian- Hari Pertama; Hasil Kerja Mesin Gaya Tribal; Corak Oriental; Corak Hitam Kelabu Oriental; Tatu Terbaik Harian- Hari Kedua;Tatu Tradisional Teknik Ketukan ( Tatuk); Tatu Gaya Bebas ;Tatu Realisme; dan Tatu Terbaik Harian- Hari Ketiga.

Bukan itu saja, katanya, terdapat juga gerai yang menyediakan perkhidmatan untuk pembuatan tatu, gerai untuk seni kraftangan tempatan, gerai untuk barangan keperluan tatu, makanan dan minuman tempatan.

Di samping itu, ujar beliau, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan alat muzik tradisional seperti gendang panpat, sape, persembahan daripada Ring Lady (Suku kaum Bidayuh), permainan api serta ular dan tarian tradisional serta live band.

Snowdan menjelaskan, ekspo berkenaan diadakan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai tatu yang merupakan salah satu seni dan budaya Borneo yang masih mengamalkan pembuatan tatu terutama kaum Dayak.

Katanya lagi, ia juga bertujuan untuk mengembangkan seni tatu di mata dunia.

“Tatu bukan lambang menandakan seseorang itu jahat tetapi menghargai seni dan budaya yang dinyatakan melalui seni tatu agar seni budaya tatu tidak luput ditelan zaman dan tidak dilupakan oleh generasi baru,” tambahnya lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching
Lebih Gempak Tahun Ini, Borneo Sonic Festival Bakal Diadakan 11 Hingga 12 Oktober 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SFC Kini Giat Tangkap Buaya Di Sepanjang Sungai Sarawak SFC Kini Giat Tangkap Buaya Di Sepanjang Sungai Sarawak
Next Article Poster Bantuan Kewangan Khas RM700 Adalah Palsu – JPA

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?