• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter

Oleh
Ismail NA
7 Julai 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Ye ke, Mas Elon? 🤔

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter. Pada Khamis, Twitter telah mengancam Meta dengan tindakan undang-undang berhubung aplikasi media sosial baharu Meta, Threads yang dikatakan sebagai meniru platform Twitter.

Isi Isi Penting
  • Tiada bekas kakitangan Twitter yang terlibat dengan Threads, bukan ‘stail’ kami – Komunikasi Meta
  • Threads jadi aplikasi paling cepat dimuat turun setakat ini
  • Elon Musk bagai meludah ke langit
  • Threads ambil kesempatan buat pelancaran sebaik sahaja Elon umum perubahan menjengkelkan ke atas Twitter

Lebih menyakitkan hati Twitter (atau Elon Musk sebagai pemilik Twitter), aplikasi Threads dituduh dibangunkan oleh bekas kakitangan Twitter sendiri.

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter
Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter

Tiada bekas kakitangan Twitter yang terlibat dengan Threads, bukan ‘stail’ kami – Komunikasi Meta

Walau bagaimanapun, Meta telah memberikan respons kepada ancaman saman daripada Elon Musk berhubung platform baharu mereka yang dikenali sebagai Threads dengan menyatakan bahawa tiada kakitangan yang terlibat dalam pembangunan aplikasi tersebut adalah bekas kakitangan Twitter.

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter

Andy Stone, pengarah komunikasi Meta, memberikan respons kepada dakwaan-dakwaan tersebut pada hari Jumaat (melalui Threads) dengan menyatakan bahawa pasukan jurutera Threads tidak mengupah bekas kakitangan Twitter.

Threads jadi aplikasi paling cepat dimuat turun setakat ini

Sejak dilancarkan pada Khamis, platform berdasarkan teks buatan Meta yang dibangunkan bersempena dengan Instagram telah mendapat jutaan pendaftaran. Sehingga kini, ia dilihat menjadi aplikasi yang paling cepat dimuat turun dan menjadi pilihan alternatif kepada Twitter yang paling popular.

Namun, hanya beberapa jam selepas pelancaran, peguam Twitter, Alex Spiro menghantar surat kepada Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, mendakwa bahawa syarikatnya bersalah melakukan “penyelewengan sistematik, sengaja, dan melanggar undang-undang mengenai pemindahan rahsia dagangan Twitter dan harta intelek lain”, seperti yang dilaporkan oleh Semafor.

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter

Spiro mendakwa Meta telah mengambil puluhan bekas kakitangan Twitter dan mereka “memiliki serta terus memiliki akses kepada rahsia dagangan Twitter dan maklumat sulit yang sangat penting”.

Beliau menyatakan bahawa aplikasi ‘Threads’ tiruan Meta telah dibangunkan dengan “niat khusus” menggunakan “rahsia dagangan Twitter dan harta intelek lain” untuk mempercepatkan pembangunan aplikasi pesaing Twitter.

Elon Musk juga memberikan respons terhadap ancaman saman Twitter kepada Meta dengan mengatakan, “Persaingan adalah baik, tetapi penipuan adalah sebaliknya.”

Elon Musk bagai meludah ke langit

Sudah tentu, perkara ini adalah sebuah tamparan hebat buat Elon Musk. Beliau sebelum ini mendoakan agar kakitangan Twitter yang dipecatnya agar mendapat pekerjaan dan majikan baharu yang lebih memerlukan khidmat mereka.

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter

Tindakan tersebut akhirnya ibarat meludah ke langit apabila ternyata beliau sendiri kini merasa terancam dengan kemunculan aplikasi Threads yang menampakkan orang ramai kini berpusu-pusu mencuba dan membandingkan aplikasi Threads dengan Twitter.

Threads ambil kesempatan buat pelancaran sebaik sahaja Elon umum perubahan menjengkelkan ke atas Twitter

Strategi Threads pula tampak membuahkan hasil apabila pelancaran tersebut dibuat sebaik sahaja Elon mengumumkan perubahan besar-besaran ke atas infrastruktur Twitter (yang semakin menjengkelkan pengguna).

Antaranya seperti menghadkan jumlah ciapan harian yang dilihat di papan pemuka (feed) kepada 600 ciapan bagi pengguna biasa, 6,000 ciapan dalam masa 24 jam bagi pengguna dengan tanda pengesahan biru (verified) dan 300 ciapan bagi pengguna baharu. Tidak lama selepas banyak rungutan daripada pengguna, Elon menaikkan jumlah had tersebut kepada 1,000 untuk pengguna biasa, 10,000 untuk pengguna dengan tanda pengesahan biru dan 500 untuk pengguna baharu.

Elon Musk Hantar Surat Saman Kepada Mark Sebab Meniru, Tuduh Meta Upah Bekas Staf Twitter
Elon Musk, pemilik Twitter. Kredit foto: Gonzalo Fuentes/Reuters

Bukan itu sahaja, individu yang tidak memiliki akaun Twitter juga tidak lagi boleh melihat kandungan ciapan. Elon yang secara terbuka tidak senang dengan perkembangan pesat ChatGPT dan kadar pembelajaran kepintaran buatan (AI) yang begitu cepat, memberitahu bahawa strategi baharu tersebut adalah langkah kecemasan bagi mengekang penggalian data (data scraping) dan manipulasi sistem.

Namun, sebaik sahaja pelancaran Threads, Twitter seakan membuat pusingan U ke atas strategi tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, ramai pengguna kini berasa janggal setelah mengetahui bahawa penutupan akaun Threads akan menjejaskan akaun Instagram mereka:

Nak Padam Akaun Threads, Kena Padam Akaun Instagram Sekali
Gara-Gara Nak Buat Konten Instagram, Seorang Remaja Dari India Cedera Parah Dilanggar Keretapi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Padam Akaun Threads, Kena Padam Akaun Instagram Sekali
Next Article Makaroni Bakar Resipi Sheila Rusly, Memang Tak Mengecewakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?