• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Terpaksa tangguh plan dulu, gais.

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning. Sejak kebelakangan ini, siapa yang tidak mengenali nama Bengoh? Bukan sahaja ia tular di Sarawak tetapi menjadi sebutan di seluruh Malaysia kerana keindahan alam semulajadinya yang boleh diibaratkan seperti Jurassic World.

Haa, gitu.

Namun demikian, kawasan popular itu kini ditutup buat sementara waktu kerana Kuching kembali menjadi kawasan zon kuning pandemik.

Pemberitahuan ini dibuat oleh Persatuan Masyarakat Nyegol Sting, Padawan melalui Facebook rasmi komuniti pengurusan Bengoh iaitu Bayan Atuh Ecotourism Zone.

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning
Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning
Sumber : FB Bayan Atuh Ecotourism Zone

Menerusi kiriman di laman Facebook tersebut, Bayan Atuh Ecotourism iaitu kawasan Banjaran dan Empangan Bengoh akan ditutup untuk kunjungan orang awam bermula 15 Julai 2020 (Rabu) hingga diberitahu kelak.

Sebab utama penutupan kawasan eko-pelancongan tersebut ialah kerana kawasan Kuching kembali diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik.

Ia juga merupakan langkah proaktif yang dibuat oleh pihak pengurusan bagi mengelakkan penularan pandemik dan memberi pesanan agar anda semua sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Beberapa hari kebelakangan ini, kawasan Banjaran Bengoh dilaporkan dicemari oleh sikap segelintir pendaki yang bertindak membuang sampah sarap di kawasan air terjun.

Anda boleh membaca cerita selanjutnya di sini :

Susulan Kuching diisytiharkan kembali menjadi zon kuning, sesi persekolahan juga turut ditangguhkan selama 2 minggu. Kawasan yang terjejas termasuk lah sekolah rendah dan menengah di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Ini artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Dilawat TM, Veveonah Dapat Hadiah Gajet Elektronik Dari Shopee Selepas Dilawat TM, Veveonah Dapat Hadiah Gajet Elektronik Dari Shopee
Next Article Sampah Anda Tidak Terurus? Lapor Sahaja Menerusi Aplikasi Terbaru Trienekens Sarawak Sampah Anda Tidak Terurus? Lapor Sahaja Menerusi Aplikasi Terbaru Trienekens Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?