• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks

Oleh
Husna Hazmi
20 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hal ini adalah untuk menangani jenayah seks di negara tersebut.

Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks. Dilaporkan, Thailand kini memperkenalkan kaedah kembiri atau pemandulan secara kimia sebagai antara langkah untuk menangani jenayah seks di negara tersebut.

Penggubal undang-undang Thailand telah meluluskan rang undang-undang yang akan memberi pesalah hak untuk memilih prosedur itu sebagai balasan kepada pengurangan hukuman penjara.

Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks
Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks

Rang undang-undang melepasi Dewan Rakyat

Berdasarkan data dari jabatan pemulihan di Thailand menunjukkan seramai 4,818 daripada 16,413 pesalah seks yang disabitkan bersalah dan dibebaskan dari penjara antara 2013 hingga 2020, masih mengulangi kesalahan yang sama.

Di bawah rang undang-undang tersebut, pesalah seks tertentu yang dianggap berisiko melakukan kesalahan sama boleh diberi pilihan untuk menerima suntikan yang mengurangkan tahap testosteron mereka. Ini adalah sebagai balasan untuk tempoh penjara yang lebih singkat, dengan syarat mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada dua doktor.

Berdasarkan rang undang-undang tersebut, pesalah akan dipantau selama 10 tahun dan dikehendaki memakai gelang pemantauan elektronik. 

Kerajaan Thailand Luluskan Hukuman Pemandulan Kimia Untuk Pesalah Seks

Negara lain yang menggunakan kaedah kembiri secara kimia

Thailand kini menyertai sekumpulan kecil negara lain yang menggunakan kaedah kembiri secara kimia antaranya Poland, Korea Selatan, Russia, Estonia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS).

Jenayah seksual merupakan jenayah berat yang boleh memberi impak negatif besar di dalam kehidupan mangsa kepada jenayah tersebut, oleh itu hukuman berat perlu dilaksanakan. Semoga negara kita juga boleh melaksanakan hukuman yang boleh mengurangkan jenayah terkutuk spserti ini.

Menyedihkan, ini jenayah seksual yang telah berlaku baru-baru ini:

SUMBER :Vice World News
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto Daun Liar di Hutan Borneo Ini Rupanya Boleh Beri Rasa Mirip Ajinomoto
Next Article Gaji Menteri Sabah Dinaikkan Di Kala Negara Sedang Mengalami Inflasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?