Tindakan yang wajar untuk mengurangkan kenaikan kos sara hidup
Gaji Minimum RM1,500 Bukan Alat Tangani Kos Sara Hidup. Gaji minimum RM1,500 bukan bertujuan untuk menangani kenaikan kos sara hidup, sebaliknya untuk memastikan tiada pekerja yang dibayar lebih rendah daripada kadar yang ditetapkan kerajaan.
Menurut laporan, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, ketua Persatuan Majikan Malaysia (MEF), menyatakan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar untuk mengurangkan kenaikan kos sara hidup.
Menurutnya, masyarakat juga sedar kos sara hidup semakin meningkat sehingga membebankan sebilangan besar individu.
“Dasar yang berkaitan dengan pelaksanaan program RAHMAH dapat memastikan isu kos sara hidup yang tinggi dapat ditangani dengan lebih baik,” ujarnya.
Bahkan, PMKS juga bergelut dengan usaha memulihkan perniagaan
Malah, Syed Hussain turut mengatakan Perusahaan Mikro dan Kecil Sederhana (PMKS) sedang berjuang untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19 dan bencana banjir menjelang akhir Disember 2021.
Dakwanya, keputusan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sehingga Julai akan menjadikan PMKS lebih mampan dan berdaya tahan.
“Kebanyakan majikan terutamanya majikan PMKS tidak mempunyai aliran wang tunai kukuh untuk menanggung kos kos tambahan dan amat berharap kepada insentif dan subsidi dari Kerajaan Perpaduan,” katanya
Syed Hussain berkata majikan hendaklah dibantu untuk memastikan mereka dapat terus beroperasi dan pada masa yang sama memastikan dapat terus mengaji pekerja yang sedia ada.
Mengenai tafsiran sendiri tempoh kerja 45 jam
Menurut pandangan beliau mengenai tempoh bekerja 45 jam, sama ada waktu rehat atau makan tengah hari adalah sebahagian atau di luar waktu bekerja di bawah Akta Kerja (AK) 1955, bergantung kepada jenis pekerjaan pekerja.
Tambahnya lagi, Proviso Seksyen 60A (1) AK memperuntukkan pekerja yang terlibat dalam kerja perlu dijalankan secara berterusan dan memerlukan kehadiran berterusannya mungkin dikehendaki bekerja selama lapan jam berturut-turut, termasuk tempoh atau tempoh tidak kurang daripada 45 minit secara keseluruhan.
“Berdasarkan proviso di atas kepada Sek 60A (1) AK, di mana seseorang pekerja terbabit dalam kerja mesti dijalankan secara berterusan dan memerlukan kehadirannya yang berterusan.
“Waktu bekerja adalah termasuk waktu rehat makan tidak kurang daripada empat puluh lima minit dalam agregat di mana pekerja akan mempunyai peluang untuk makan.
“Pengawal keselamatan dan penjaga dandang adalah contoh kerja yang memerlukan kerja itu dilakukan secara berterusan dan memerlukan kehadiran pekerja berterusan.
“Oleh itu, rehat makan akan dianggap sebagai sebahagian daripada waktu bekerja. Bagaimanapun, jika kerja tidak perlu dilakukan secara berterusan dan tidak memerlukan kehadiran pekerja yang berterusan, rehat makan tidak akan dianggap sebagai sebahagian daripada waktu bekerja,” katanya.