• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest

Oleh
Ismail NA
1 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemaraan Pandelela tidak dapat dibendung.

Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest. Perjuangan Datuk Pandelela di bumi Hungary diakhiri dengan kejayaan yang begitu membanggakan. Pada awal pagi tadi, Pandelela sekali lagi telah mengharumkan nama negara. Kali ini bersama rakan gandingannya, Nur Dhabitah Sabri.

Isi Isi Penting
  • Kemaraan Pandelela tidak dapat dibendung.
  • Rangkul gangsa di belakang Amerika dan China
  • Pandelela kini miliki 7 pingat kejohanan dunia FINA sepanjang kariernya
  • Sebelum ini, kemenangan Pandelela juga diraikan oleh akaun rasmi Olimpik dunia. Baca selanjutnya di sini:

Pandelela dan Dhabitah berjaya mengalahkan duo penerjun dari Jepun, Jerman, Ukrain dan lain-lain untuk menaiki takhta podium dan memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform seirama di belakang duo dari Amerika Syarikat dan China.

Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest
Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest. Reaksi Pandelela dan Dhabitah semasa mengetahui berada di kedudukan pingat. Kredit foto: REUTERS

Gandingan mantap ini mempamerkan aksi padu untuk mendapatkan pingat gangsa, sekaligus memperbaiki prestasi yang ditunjukkan semasa peringkat saringan yang berada di tangga keenam.

Rangkul gangsa di belakang Amerika dan China

Pandelela dan Dhabitah berjaya mengumpul 298.68 mata, manakala pasangan Amerika Delaney Schnell-Katrina Young meraih pingat perak dengan 299.40. Kedudukan juara pula didominasi oleh atlet dari China, Quan Hongchan-Chen Yuxin dengan jurang mata yang begitu besar iaitu 368.40.

Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest

Pandelela kini miliki 7 pingat kejohanan dunia FINA sepanjang kariernya

Dengan kemenangan ini, Pandelela telah menambah satu lagi koleksi pingatnya, menjadikan 7 pingat telah dimenanginya dalam kejohanan dunia. Pingat gangsa bersama Dhabitah ini merupakan pingat keduanya dalam kejohanan tahun ini selepas meraih gangsa dalam acara 10 meter platform individu wanita tempoh hari.

Pingat bersama Dhabitah ini juga merupakan pingat ketiganya dalam acara terjun serirama bagi kejohanan dunia. Pada tahun 2017, beliau telah memenangi pingat gangsa bersama Cheong Jun Hoong dan seterusnya pingat perak pada tahun 2019 bersama Leong Mun Yee.

Wefie time with the World Champions.
🥉 🇲🇾
🥇 🇨🇳
🥈 🇺🇸 #FINABudapest2022 pic.twitter.com/AAtWyMHJp6

— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) June 30, 2022

Bagi Dhabitah pula, ini merupakan pingat pertamanya di kejohanan terjun dunia FINA.

Tahniah diucapkan buat Pandelela dan Dhabitah! Kami bangga dengan anda!

Sebelum ini, kemenangan Pandelela juga diraikan oleh akaun rasmi Olimpik dunia. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peti Sejuk Berkerak, Premis ‘Ceridak’ Diserbu Pejabat Kesihatan Di Bintulu
Next Article Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?