Ganjaran RM 150 ribu daripada keluarga mangsa
Ganjaran RM 150 Ribu Ditawar Kepada Orang Awam Yang Menemui Lelaki Hilang Pandu Jet Ski Di Lundu. Keluarga Lee Chong Loong memutuskan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bebas untuk penunggang jet ski yang hilang september lalu dengan tawaran ganjaran sehingga RM150,000 jika ada sesiapa yang berjaya menemuinya dalam keadaan hidup.
Seorang ahli keluarga menyiarkan di Facebook semalam (25 Sept) mengenai operasi SAR bebas itu.

Pada 16 September lalu, Lee hilang dari Pulau Talang Talang di Sematan ketika mencuba jet ski baharunya bersama seorang rakannya. Lee dan rakannya bertolak dari jeti Pak Amit di Santubong untuk ke Pulau Satang, kemudian meneruskan tiga batu nautika ke Teluk Melano dan Pulau Talang Talang Besar.
Lee dan rakannya bertolak dari jeti Pak Amit di Santubong untuk menjalankan ujian larian ke Pulau Satang, kemudian meneruskan tiga batu nautika ke Teluk Melano dan Pulau Talang Talang Besar.
Hilang semasa melakukan pandu uji jet ski baharu
Rakan mangsa hanya menyedari Lee tidak menunggang jet ski di belakangnya ketika mereka meninggalkan Pulau Talang Talang Besar. Percubaan mengesan mangsa gagal, lantas satu laporan polis dibuat di balai polis Lundu sekitar jam 7 malam.
Baru-baru ini, keluarga mangsa menawarkan ganjaran RM30,000 kepada sesiapa yang dapat menemuinya, dan sekiranya mangsa ditemui masih hidup, ganjaran RM150,000 akan diberikan.
Lelaki berusia 46 tahun itu kali terakhir dilihat memakai jaket keselamatan, kemeja lengan panjang hitam dan seluar hitam dan telah hilang sejak 4 petang pada Jumaat, 16 september lalu.

Selain itu, keluarga mangsa menyatakan bahawa dia mempunyai bertatu penuh di badan sebagai satu lagi ciri yang membezakan.
“Jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 019-8553333 atau 016-8872000 atau 014-6888838. “Kami merayu orang ramai membantu mencari Lee Chong Loong, yang hilang ketika menaiki jet ski dari kepulauan Talang Talang ke jeti Santubong.
“Kami menggesa orang ramai untuk tampil bersama-sama dengan pasukan kami dalam membantu pencarian secepat mungkin,” kata poster itu.
Jet ski beliau telah pun ditemukan
Sementara itu, seorang nelayan menemui sebuah jet ski yang dipercayai digunakan oleh Lee berhampiran Pulau Talang Talang Besar pada 17 Sept lepas. Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mangsa masih belum ditemui walaupun jetski itu telah pun ditemukan.
Bagaimanapun, operasi SAR bagi penunggang jet ski yang hilang itu dibatalkan pada jam 4 petang pada 22 Sept selepas tiada petunjuk baharu ditemui. Keputusan itu dibuat berikutan perbincangan antara keluarga Lee dan agensi terbabit.

APMM mengetuai operasi SAR termasuk Polis Marin, Pengawal Pantai Sarawak, Unit Sayap Udara Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta komuniti maritim. Sejak permulaan pencarian pada 17 Sept, operasi itu meliputi lebih 800 batu nautika persegi, menjangkau dari Tanjung Sipang di Santubong ke Pulau Talang Talang Besar di Sematan.
Operasi SAR akan diaktifkan semula apabila maklumat baharu mengenai mangsa yang hilang ditemui.