• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In

Oleh
Ismail NA
13 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Siapa peminat Hell’s Kitchen, angkat tangan!

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In. Bagi peminat rancangan realiti TV bertemakan masakan iaitu Hell’s Kitchen, anda pastinya teruja mendengar berita ini. Chef terkemuka dunia, Gordon Ramsay bakal membuka restorannya di Malaysia tidak lama lagi!

Isi Isi Penting
  • Siapa peminat Hell’s Kitchen, angkat tangan!
  • Nak cuba Beef Wellington? Dah ada dah ni!
  • Sudah buka tempahan untuk dine-in seawal 6 bulan sebelum pembukaan. Fuh!
  • Baca juga :

Wow!

Restoran tersebut yang dinamakan sebagai Gordon Ramsay Bar & Grill merupakan restoran pertama Gordon Ramsay di Malaysia dan bakal dibuka di Sunway City Kuala Lumpur. Menurut laman sesawang Sunway Resort, ini merupakan satu-satunya cawangan restoran self-titled Gordon Ramsay selain cawangan utamanya di Mayfair, London. Dengan pembukaan restoran ini, ia menjadikan Malaysia sebagai destinasi ketiga Gordon Ramsay membina empayarnya di Asia selain dua lagi restorannya di Singapura dan Hong Kong.

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Sumber foto : Sunway Hotel & Resorts

Nak cuba Beef Wellington? Dah ada dah ni!

Bagi anda yang gemar menonton rancangan realitinya iaitu Hell’s Kitchen, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan menu hidangan yang sering ‘dirosakkan’ oleh anak buahnya iaitu Beef Wellington. Dengan adanya restoran terbaru beliau, anda kini berpeluang untuk merasai sendiri hidangan signature Gordon Ramsay iaitu Beef Wellington!

Selain itu, menu lain yang diwar-warkan di restoran terbaharu tersebut juga adalah Sticky Toffee Pudding.

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Dari kiri, Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding

Sudah buka tempahan untuk dine-in seawal 6 bulan sebelum pembukaan. Fuh!

Restoran yang dinantikan ramai ini bakal dibuka pada bulan Jun 2021. Namun demikian, belum sempat keterujaan ini menerjah masyarakat di Malaysia, restoran ini sudah membuat langkah yang lebih awal dengan membuka tempahan pesanan seawal 6 bulan sebelum! Mesti panjang queue ni nanti.

Walaupun menu keseluruhan belum didedahkan, kami pasti rakyat Malaysia berharap agar Gordon Ramsay dapat menyenaraikan salah satu makanan Malaysia yang ikonik dan pernah dibuat oleh chef tersebut iaitu rendang.

Lihat bagaimana beliau dimarahi oleh chef restoran di Malaysia ini semasa beliau membuat penggambaran memasak rendang suatu ketika dahulu ;

Bagaimana? Adakah anda ingin merasa hidangan yang selalu dimasak oleh Gordon Ramsay seperti dalam rancangannya, Hell’s Kitchen? Dah boleh tempah dah tu.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Next Article Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?