I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan

Last updated: 13/01/21 5:16 PM
Kedung BK
Kongsi
6 Min Bacaan
Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan
Kongsi

Perkongsian seorang wanita dari Facebook

Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan. Seorang wanita yang kini sedang menjalani kuarantin di Miri berkongsi pengalaman perjalanannya menerusi Facebook.

Dalam ciapan beliau, beliau juga berkongsi prosedur-prosedur yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas perjalanan.

Wanita Ini Berkongsi Pengalaman Perjalanannya Dari Kota Bharu Ke Miri Dan Prosedur Sepanjang Perjalanan

Prosedur sebelum perjalanan

Menurut Suraya Harun, yang juga merupakan seorang guru, beliau terbang kembali ke stesennya lebih awal bukan atas sebab beliau diminta, tetapi kerana beliau membeli tiket penerbangan dari promosi.

Berikut adalah senarai prosedur yang harus dilakukan sebelum penerbangan anda:

  • Sebelum beli tiket penerbangan, semak jadual penerbangan dalam talian yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
  • Beli dan teliti tarikh ikut jadual yang telah ditetapkan oleh JPBNS untuk mengelakkan pembatalan saat-saat akhir
  • 3 HARI SEBELUM PERJALANAN, isi borang EnterSarawak. Anda boleh melakukannya menerusi laman web di https://sarawakdisastermc.com/
Isi EnterSarawak terlebih dahulu sebelum penerbangan masuk ke negeri. Kredit: Facebook
  • Dalam borang tersebut, isi butiran termasuk ahli keluarga yang akan bersama anda dalam perjalanan terbabit
  • Lampirkan dokumen-dokumen penting (e.g. surat permintaan dari majikan untuk memasuki Sarawak untuk tujuan kerja, tiket penerbangan, dan sebagainya). Berikut adalah rujukan yang dilampirkan oleh Suraya yang dianggap sebagai ‘dokumen sokongan’ untuk borang tersebut.
Kredit: Facebook
  • Setelah melakukan permintaan tersebut, anda akan lihat PENDING terpapar – anda hanya perlu tunggu untuk diluluskan selepas ini.
  • Semak keputusan anda melalui e-mel, anda akan terima keputusan tersebut sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh penerbangan
  • Setelah diluluskan, cetak satu salinan untuk dijadikan rujukan pihak berkenaan
Jangan lupa cetak lampiran ini sekiranya anda telah diluluskan. Kredit: Facebook
  • Isi borang E-Health Declaration sekurang-kurangnya 12 jam sebelum penerbangan. Borang ini boleh didapati dari laman web sama iaitu https://sarawakdisastermc.com. Borang ini tidak perlu dicetak – hanya screenshot sahaja untuk ditunjuk kepada pihak berkenaan
Borang E-Health Declaration dapat didapati dari laman web rasmi JPBNS (mesti diisi 12 jam sebelum penerbangan). Kredit: Facebook
  • Untuk mengelak bayar hotel semasa kuarantin (bagi bukan warga Sarawak), cetak surat pengesahan majikan anda
  • Simpan pas masuk kedua-dua penerbangan (bagi kes Suraya, penerbangan beliau adalah connecting flight (KB – KL, KL – Miri) jadi beliau ada dua pas masuk). Setiba anda di destinasi anda, pas ini akan disemak oleh pihak berkenaan

Prosedur semasa perjalanan

Berikut adalah prosedur semasa perjalanan yang dikongsi oleh Suraya:

  • Setiba anda di lapangan terbang destinasi (di bahagian cop imigresen), warga Sarawak dan bukan warga Sarawak akan berbaris dalam barisan terbahagi (warga Sarawak bahagian kiri, bukan warga Sarawak bahagian kanan). Suraya yang bukan warga Sarawak, berbaris di bahagian kiri jadi penjelasan seterusnya adalah berdasarkan daripada barisan bahagian kiri.
Warga Sarawak berbaris di bahagian kiri, manakala barisan bahagian kanan adalah untuk bukan warga Sarawak. Kredit: Facebook
  • Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan periksa suhu sambil anda berbaris sambil tanya berapa orang bersama anda
  • Petugas syarikat penerbangan anda (untuk Suraya, AirAsia) akan periksa pas masuk anda, serta borang ‘EnterSarawak’ dan screenshot E-Health Declaration Form
  • Anda kemudian akan duduk depan seorang pegawai kesihatan. Di sini, anda akan diminta kad pengenalan asal anda, DPT biru (dokumen perjalanan terhad), EnterSarawak dan surat pengesahan majikan. Maklumat ini akan ditulis oleh pegawai terbabit
  • Setelah segala dokumen anda dikembalikan, anda akan diberi penerangan tentang kuarantin dan diberi DUA helai surat dari KKM
  • Kemudian, anda terus ke kaunter untuk cop DPT seperti biasa. Di sini, imigresen akan meminta surat ‘EnterSarawak’ anda.
  • Anda akan dilepaskan untuk mengambil bagasi anda
  • Sebelum keluar dari balai ketibaan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menulis maklumat anda dan meminta surat pengesahan majikan anda.
  • Anda kemudian akan diberi satu gelang putih. Anda dikehendaki untuk mengemas kini lokasi anda setiap hari.
Risalah yang diberi sekali dengan gelang putih. Ia adalah rujukan bagaimana untuk menggunakan gelang putih anda sepanjang kuarantin. Kredit: Facebook
  • Anda akan lalui 3 kaunter apabila keluar dari balai ketibaan. Kaunter pertama adalah kaunter hotel, kaunter kedua adalah kaunter KKM. Kaunter KKM ini akan meminta salah satu salinan borang kesihatan yang diberi kepada anda semasa ketibaan tadi. Kemudian, anda akan diberi nombor bilik hotel dan tanya anda beberapa soalan. Kaunter ketiga adalah kaunter PDRM. Anda diminta untuk memberi butir-butiran dan maklumat pekerjaan anda.
  • Anda dikehendaki mengisi Google Form menandakan anda telah tiba di Sarawak oleh pihak Pejabat Pedidikan Sarawak (PPD) sebelum keluar balai ketibaan (sekadar peringatan, Suraya ialah seorang cikgu)

Prosedur selepas penerbangan

Setelah anda melalui prosedur di atas, anda akan diminta untuk menaik bas yang sedang menunggu. Setelah semua bas penuh, anda semua akan bergerak ke hotel yang telah ditetapkan, diiringi polis dan askar.

Anda akan lalu dari pintu belakang hotel dan perlu daftar sekali lagi dengan pasukan JPAM dan PDRM. Kad pengenalan anda dan baki 1 helai surat kesihatan KKM tadi perlu diserahkan kepada mereka.

Sekiranya pihak hotel meminta surat pengesahan majikan anda, anda boleh memaklumkan bahawa surat terbabit telah diserahkan kepada pihak hotel di lapangan terbang tadi. Anda akan diberi makanan dan naik ke bilik masing-masing. Selesai!

Lagi di sini:

Kedung BK 13 Januari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Next Article TERKINI: 166 Kes Positif COVID-19 Dicatat Hari Ini Di Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

9 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

8 Ogos 2022
Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Cerita Borneo

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

8 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ketahui 5 Makam Yang Terkenal Di Sarawak Dan Kisah Disebalik Mereka

8 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?