• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Guru Bermasalah Akan Dikecualikan Kenaikan Pangkat ‘Time Based’ – Anwar Ibrahim

Oleh
Husna Hazmi
13 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengecualian menerima kenaikan gred secara automatik

Guru Bermasalah Akan Dikecualikan Kenaikan Pangkat ‘Time Based’ – Anwar Ibrahim. Dilaporkan bahawa warga pendidik yang mempunyai masalah disiplin dan cuai dalam tugas perlu dikecualikan daripada menerima kenaikan gred secara automatik atau ‘time-based’, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, golongan berkenaan tidak sewajarnya menerima manfaat berkenaan sungguh pun sistem kenaikan time-based sudah diberi kepada warga pendidikan, khususnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sejak beberapa tahun lalu.

Guru Bermasalah Akan Dikecualikan Kenaikan Pangkat 'Time Based' – Anwar Ibrahim
Guru Bermasalah Akan Dikecualikan Kenaikan Pangkat ‘Time Based’ – Anwar Ibrahim

Betul ada yang ikut time-based ini, prinsipnya kita terima, naikkan pangkat ikut waktu, betul kita terima. Tapi tidak semua.

“Kalau disiplinnya lemah, kalau dalam setahun dia tak pergi sekolah banyak kali, saya nak batalkan peraturan itu untuk mereka.

“Maknanya kenaikan pangkat automatik itu dari segi hukumnya, tetapi dikecualikan bagi yang cuai atau melanggar disiplin. Ada yang prestasinya sangat lemah, jadi kita harus teliti perkara ini. Tapi saya percaya yang 90 peratus lebih itu tidak mempunyai masalah,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), pada hari ini.

Guru Bermasalah Akan Dikecualikan Kenaikan Pangkat 'Time Based' – Anwar Ibrahim

Memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat

Pada 1 Julai 2009, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai kumpulan pelaksana yang sudah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Dalam masa yang sama, Anwar berkata, untuk melonjakkan ekonomi dan pertumbuhan negara, penekanan lebih baik terhadap penguasaan subjek Bahasa Inggeris wajar diberi perhatian oleh semua pihak, khususnya murid dan guru.

Jangan pertikai saya dalam soal Bahasa Kebangsaan. Dasar Pendidikan kebangsaan jangan pertikaikan. Tapi selagi rakyat terima prinsip ini, soal Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab atau bahasa lain mahu dikembangkan silakan. Kita kena beri dokongan dan ruang sebaiknya.

“Untuk melonjakkan ekonomi dan pertumbuhan negara, kita patut beri penekanan khusus Bahasa Inggeris. Ini masa pendigitalan, transisi tenaga, transformasi digital, AI (kecerdasan buatan).

“Jagalah kepentingan anak-anak kita, maka penguasaan Bahasa Inggeris itu harus jauh lebih baik daripada sekarang,” ujar beliau lagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kerajaan Negeri Beri Peruntukkan RM20 Billion, Naik Taraf Jalan Raya Seluruh Sarawak
Luah Rasa Kecewa, Raghad Lapor Polis Dakwa Dihalang Ziarah Kubur Taib
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyakit Jantung Bukan Penghalang, Ibu Dari Sabah Galas Anak Tawan Gunung Kinabalu
Next Article Misteri Batu Bernada, Ketahui Kisah Lagenda Batu Gong Di Kampung Solibog Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?