fbpx
#innovatesarawak

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Tawar Pas Co-working Percuma Sempena Lanjutan PKPP

Nak rasa suasana pejabat yang best? Inilah masanya!

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Tawar Pas Co-working Percuma Sempena Lanjutan PKPP. Sempena dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) turut melanjutkan tawaran pas co-working secara percuma sehingga bulan Disember 2020.

Pelanjutan tawaran ini adalah bagi memberi peluang kepada syarikat pemula Sarawak dan usahawan sosial untuk meneruskan perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Turut tawar akses webinar, bengkel dan mentor percuma

Menurut Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), YB Datu Haji Len Talif Salleh merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, pas co-working Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS juga turut dilanjutkan sehingga bulan Disember 2020 seiring dengan pelanjutan tempoh PKPP.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Tawar Pas Co-working Percuma Sempena Lanjutan PKPP
Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Tawar Pas Co-working Percuma Sempena Lanjutan PKPP

Bukan itu sahaja, DIH juga menawarkan sokongan kepada para usahawan secara berkala melalui webinar percuma, bengkel pembangunan kapasiti secara atas talian dan program pecutan bersama. Bukan itu sahaja, akses kepada mentor berpengalaman melalui FutureLab (platform mentor online) juga turut ditawarkan.

Hub Inovasi Tegas SMA-TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada SMA dan diuruskan oleh TEGAS, DIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, inkubasi serta program pecutan dan akses kepada jaringan Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem).

Untuk maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan tentang tawaran pas co-working ini, anda boleh menghubungi pihak DIH di talian berikut atau emelkan ke [email protected].

DIH Kuching : 082-552 003

DIH Bintulu : 086-344 731

DIH Miri : 085-321 511

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lagi artikel berkaitan :

Back to top button