• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hairan Dumbledore Trending Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan DUN Sarawak

Oleh
Ismail NA
13 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Dah kenapa?

Hairan Dumbledore Trending Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan DUN Sarawak. Peminat filem sekuel fantasi, Harry Potter pasti mengenali watak Profesor Dumbledore iaitu pengetua sekolah ahli sihir Hogwarts dalam filem tersebut. Namun, tanpa angin dan ribut, tiba-tiba nama profesor tersebut trending di laman Twitter semalam. Rasanya sekarang bukan musimnya. Ura-ura tentang perkembangan terkini pun tidak kedengaran di media tempatan mahupun luar negara.

Isi Isi Penting
  • Dah kenapa?
  • Gelagat speaker DUN Sarawak jadi tumpuan, disamakan seperti watak Profesor Dumbledore
  • Reaksi daripada netizen menghiburkan
  • Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi persidangan DUN Sarawak
  • Baca juga artikel ini untuk mengetahui perkembangan terbaharu hasil daripada persidangan DUN Sarawak :

So, apa cerita ya?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa watak tersebut trending semalam. Namun, rupa-rupanya nama Dumbledore tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila ia dikatakan mempunyai kaitan dengan situasi yang berlaku semasa persidangan DUN Sarawak semalam. Wow.

Hairan Dumbledore Trending Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan DUN Sarawak
Hairan Dumbledore Trending Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan DUN Sarawak

Gelagat speaker DUN Sarawak jadi tumpuan, disamakan seperti watak Profesor Dumbledore

Melalui ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @pisaukarat, tular sebuah petikan video yang menunjukkan speaker DUN Sarawak sedang memarahi individu yang berada dalam persidangan tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ialah gaya beliau yang disamakan oleh netizen dengan watak Dumbledore dalam filem Harry Potter. Duhal.

Speaker DUN Sarawak. 😅 pic.twitter.com/mLOC9K63yG

— Rusty Blade ڤيساو کارت (@PisauKarat) November 11, 2020

Melalui video pendek berdurasi 16 saat tersebut, speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kelihatan sedang menegur ahli DUN untuk duduk semula. Walau bagaimanapun, tarikh persidangan situasi tegang tersebut berlaku tidak dapat dipastikan setakat ini. Begitu juga dengan punca mengapa speaker DUN tersebut berkelakuan sedemikian.

Hairan Dumbledore Trending Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan DUN Sarawak
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Asfia Awang Nassar.
Sumber foto : The Borneo Post

Lain pula ceritanya di laman Twitter. Video yang tular ini telah mendapat sebanyak 2.6K ulang kicau (retweet) dan 7.4K tanda suka.

Netizen di Twitter sebaliknya menyamakan gaya percakapan speaker tersebut dengan watak Dumbledore dalam adegan dalam filem Harry Potter siri ke-4 iaitu The Goblet of Fire. Adegan yang dimaksudkan ialah apabila Profesor Dumbledore menanyakan Harry Potter dengan nada yang keras sama ada remaja berkaca mata tersebut telah meletakkan namanya ke dalam Goblet of Fire, sebuah mangkuk api yang berperanan sebagai ‘impartial judge’ untuk memilih wakil sekolah bertanding dalam Triwizard Tournament. YTJT.

Reaksi daripada netizen menghiburkan

Berikut merupakan beberapa reaksi netizen tentang gelagat speaker DUN Sarawak dan Dumbledore.

Tak pasal2 Dumbledore trending hrini. Adoiii..
Speaker dun sarawak la.hahha. But, i think, baguslaa mcm tuu. Ajar sikit yg suka gaduh tu. Mcm budak. Adoi

pic.twitter.com/vYlbOql2nd

— 𝐒𝐇𝐀𝐀 |𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐈𝐑𝐎𝐒 🐥🐰🐻🦁 (@yun_alwisha) November 12, 2020

Choose your fighter

Dumbledore vs Speaker DUN Sarawak pic.twitter.com/SODAHR8lJ9

— — (@sbrienasb) November 12, 2020

terkejot den tengok Dumbledore trending ha ! sekali click speaker Dun Sarawak daaaaaaa . 😂😂 -& yup .. same energy with this scene
👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼😂👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼 pic.twitter.com/DgPQuNudDB

— 💎ㅇㅈㄱ (@raihannarazini2) November 12, 2020

This Is How Sarawak DUN Famous Speaker Doing His Job! Can Sabahan Posted Sabah DUN Speaker Performing His Duties Please?🙉🙊🐵 Thks Izzy!👌💪 https://t.co/IElwkLwtxM

— arifsetia (@arifsetia2013d) November 12, 2020

Dah serupa dumbledore dah pic.twitter.com/9qppaaxuGe

— Pendeta (@PendetaSang) November 12, 2020

Cucu dia main dlm dewan ke?

— عزمير زاكي (@insanbiasajela) November 11, 2020

jokes aside.. im wondering what caused him to be that mad. kesian tgk.. mesti letih lps marah tu.. guna byk energy dia!

— herlowen 🇲🇾 (@Ichixawa) November 12, 2020

Keje mcm nih mmg kena tegas n garang.

— Sitinoriah Satam (@SitinoriahS) November 11, 2020

Albus dumbledore pas lg marah

— botolmaejan (@naonsiaamah) November 12, 2020

Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi persidangan DUN Sarawak

Garang sungguh ya speaker DUN Sarawak ini. Untuk pengetahuan anda, sidang DUN di Sarawak kebanyakan masanya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi persidangan. Namun demikian, Bahasa Malaysia dan bahasa asal kaum di Sarawak juga dibenarkan untuk digunakan semasa perbahasan di Sarawak.

Minggu ini, Dewan Undangan Negeri Sarawak juga telah meluluskan pindaan penurunan had umur mengundi di Sarawak daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Baca juga artikel ini untuk mengetahui perkembangan terbaharu hasil daripada persidangan DUN Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Beri Insentif RM2000 Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Penjawat Awam Persekutuan
Next Article Ahli Parlimen PSB Kepada MP Bintulu: Mohon Maaf Pada DG Hisham Sekiranya Benar-Benar Minta Maaf

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?