• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Di Borneo, Kenali ‘Sun Bear’ Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan

Oleh
Aina Musa
16 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Hanya Di Borneo, Kenali 'Sun Bear' Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan

Sun bear atau si beruang madu Borneo

Hanya Di Borneo, Kenali ‘Sun Bear’ Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan. Beruang madu dengan nama saintifiknya Helarctus Malayanus turut dikenali sebagai Beruang Matahari (sun bear).

Dalam pada itu mungkin ramai tidak mengetahui bahawa di kalangan Beruang Madu ini pula terbahagi kepada dua iaitu Helarctus Malayanus dan Helarctus Malayanus Euryspilus yang mana Helarctus Malayanus Euryspilus inilah yang dikenali sebagai Beruang Madu Borneo atau Beruang Madu Kalimantan.

Hanya Di Borneo, Kenali 'Sun Bear' Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan
Hanya Di Borneo, Kenali ‘Sun Bear’ Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan. Sumber: Borneo Oracle

Beruang madu dikategorikan dalam order Karnivora (karnivor atau pemakan daging). Namun tabiat pemakanannya adalah omnivor. Mereka memakan pelbagai jenis makanan di hutan termasuklah buah-buahan, serangga, haiwan invertebrata, haiwan kecil dan juga madu.

Hanya boleh ditemui di Sabah

Dikenali dengan sedemikian rupa kerana spesis beruang madu ini habitatnya hanya ada di Borneo dan tidak di tempat lain di dunia.

Di Malaysia, beruang madu ini hanya boleh ditemui di Sabah.

Hanya Di Borneo, Kenali 'Sun Bear' Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan

Rakyat Malaysia dan negeri Sabah patut berbangga dengan Beruang Madu ini, seperti rakyat China berbangga dengan panda mereka dan rakyat Australia dengan Beruang Koala mereka.

Namun, dikatakan 30 peratus populasi beruang madu berkurangan sejak tiga dekad lalu dan diklasifikasikan sebagai haiwan terancam dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).

Kini merupakan haiwan terlindung dek kerana diancam kepupusan

Oleh itu di Sabah, beruang madu ini dilindungi sepenuhnya menerusi Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Satu-satunya pusat pemeliharaan tunggal bagi haiwan berkenaan di dunia adalah Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok yang dibina sejak 2008 dengan keluasan 2.5 hektar.

Hanya Di Borneo, Kenali 'Sun Bear' Si Beruang Madu Yang Diancam Kepupusan

Biarpun tiada jumlah tepat haiwan itu yang berada dalam hutan, peratus haiwan itu dipercayai terus menurun kerana penebangan hutan sejak 50 tahun lalu untuk tujuan pertanian, pembukaan ladang serta pemburuan haram.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempa Nama Di Arena Memasak UK, Wanita Malaysia Juara The Great British Bake Off Musim 13
Next Article Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?