• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo, Ketahui Sesar Unjur Makanan Unik Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
18 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Makanan unik dan rare hanya boleh ditemui di Sarawak.

Harga Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo, Ketahui Sesar Unjur Makanan Unik Di Sarawak. Tahukah anda, terdapat satu makanan unik dari Sarawak yang kebiasaanya hanya boleh didapati di Mukah?

Sesar Unjur adalah sejenis makanan unik yang diperbuat daripada jenis udang payak atau udang merah. Menu unik ini menyerupai udang kering tetapi ianya lebih berkualiti tinggi dan proses pembuatannya pula amat rumit dan teliti.

Harga Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo, Ketahui Sesar Unjur Makanan Unik Di Sarawak
Harga Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo, Ketahui Sesar Unjur Makanan Unik Di Sarawak. Kredit foto: Sumber: Raduan Serap

Sesar unjur original boleh biasanya boleh didapati di Mukah

Sesar unjur yang original biasanya boleh didapati di Mukah, Sarawak, terutamanya di daerah Matu dan Daro seperti di Kampung Kuala Matu, Kampung Tian, Kampung Rajang, Kampung Belawai, Pulau Beruit, dan kampung-kampung di sekitarnya.

Harga sesar unjur ini amat tinggi kerana proses pembuatannya yang rumit yang memerlukan ketelitian tinggi. Antara kampung yang terkenal dalam menghasilkan sesar unjur berkualiti tinggi bergred “eksklusif” ialah desa Pulau Bruit dengan harga pasaran mencecah RM150 sehingga RM180 satu kilogram.

Harga Boleh Cecah Ratusan Ringgit Sekilo, Ketahui Sesar Unjur Makanan Unik Di Sarawak

Cara terbaik untuk menikmati sesar unjur

Kebiasaannya, sesar unjur ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lauk serta sayur-sayuran sebagai perasa dan ia juga boleh dijadikan snek kayangan untuk dimakan begitu sahaja.

Sesar unjur dari Pulau Bruit ini dikategorikan kepada kelasnya serta sentiasa mendapat tempahan dan permintaan tinggi dari para pengguna dan para pembekal. Makanan ini juga tergolong dalam makanan “rare” serta unik kerana mempunyai musimnya sendiri iaity pada bulan Mac hingga Julai sahaja.

Lagi info menarik untuk anda di sini:

Hidangan ‘Lumek’ Goreng Rangup Jadi Sajian Istimewa Di Restoran Kawah Jalan Satok
Jadi Kegemaran Penduduk Di Sarawak, Kenali Buah Terung Dayak Yang Unik Ini
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Santai Bersama Keluarga, Nikmati Percutian Unik Dan Indah Di Melano Cottage Sematan
Next Article Seorang Dah Ditangkap, Polis Kini Buru Seorang Lagi Warga Indo Lari Dari Lokap Balai Polis Tapah Seorang Dah Ditangkap, Polis Kini Buru Seorang Lagi Warga Indo Lari Dari Lokap Balai Polis Tapah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?