• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah

Oleh
Ismail NA
8 Julai 2020
Kongsi
7 Min Bacaan

Susah nak dapat makanan ini dekat tempat lain.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah. Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi bahagian Mukah dan kampung-kampung yang ada di sekitarnya, pasti anda akan teringat akan makanannya yang lain daripada yang lain.

Isi Isi Penting
  • Susah nak dapat makanan ini dekat tempat lain.
  • 1. Sesar unjur
  • 2. Pipus
  • 3. Ikan lumek salai
  • 4. Sagu
  • Baca juga artikel menarik mengenai makanan Sabah dan Sarawak ini :

Kadangkala, ada makanan yang sukar untuk anda jumpa di tempat lain walau pun dalam Sarawak sendiri. Betul tak?

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda 4 makanan rare yang hanya boleh anda jumpai di bahagian Mukah.

1. Sesar unjur

Sesar unjur merupakan produk unik yang hanya boleh dijumpai di bahagian Mukah, Sarikei dan Sibu.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah

Ia merupakan udang yang disalai secara tradisional menggunakan dulang khas yang dipanggil babat dan disalai secara sendeng 45 darjah menggunakan api sederhana.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Sumber : NSTP

Makanan ini juga sebenarnya menyerupai udang kering yang selalu dijual di pasaran. Namun, apa yang membezakannya ialah bentuk udang nya yang lurus berbanding udang kering biasa.

Udang yang digunakan adalah daripada jenis udang ‘payak’ atau udang merah. Sesar unjur ini tetap nampak segar dan berkualiti walau pun selepas disalai hingga kering. Malah, bagi mengekalkan rasa manis selepas disalai, hanya udang merah yang benar-benar segar dijadikan sebagai sesar unjur.

Sumber : Raduan Serap

­­Proses pembuatannya agak teliti bagi memastikan ia tahan lama tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet. Udang-udang tersebut perlu diatur dengan lurus satu per satu di atas dulang khas dan disalai.

Kayu yang digunakan untuk menyalai sesar ini juga bukan kayu sebarangan. Ia hanya menggunakan kayu bakau putih.

Tidak hairanlah sekiranya harga boleh mencecah sehingga RM 100 dan ke atas untuk satu kilogram sahaja. Jangan risau, anda juga boleh membelinya secara paket kecil yang berharga sekitar RM 10 dan ke atas.

Sumber : FB Sesar Unjur

Kebiasaannya, sesar unjur ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lauk dan sayur-sayuran sebagai perasa. Selain itu, ia juga enak dimakan begitu sahaja.

2. Pipus

Kaum Melanau sememangnya terkenal dengan makanan tradisi mereka seperti umai dan linut. Namun, tidak ramai yang tahu akan keunggulan makanan tradisi mereka yang satu ini iaitu pipus.

Pipus merupakan sejenis hidangan ikan cincang yang dibakar di dalam daun nipah. Ia terkenal dalam kalangan kaum Melanau di daerah Matu Daro.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Kredit : FB Viviyana Binti Jahidden

Pipus ini boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti pipus ikan pari, pipus ikan gonjeng, pipus ikan sardin, pipus ikan sardin, pipus ikan yu, pipus ikan buntal dan pipus udang. Malah, ada juga pipus yang diperbuat daripada telur ikan.

Ikan-ikan yang digunakan untuk membuat pipus ini akan dicincang sehalus yang mungkin kemudian dicampurkan dengan rempah ratus. Ia kemudian dibungkus atau ‘dipais’ di dalam lipatan daun nipah dan dibakar sehingga masak.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Gerai pipus di Kampung Badong, Daro. Kredit : STR via HARUN YAHYA

Masyarakat Melanau gemar memakan pipus bersama nasi atau sagu. Walau pun begitu, hidangan ini juga sebenarnya boleh dimakan begitu sahaja. Ada juga yang memakannya sebagai hidangan minum petang bersama segelas teh atau kopi.

3. Ikan lumek salai

Ikan lumek merupakan sejenis ikan yang mempunyai isi dan tulang yang lembut. Jika di Sarawak, ikan ini kebiasaannya di buat sup atau digoreng seperti sotong goreng tepung.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah

Walau bagaimanapun, ikan lumek juga dijadikan sebagai salah satu produk makanan salai yang enak tetapi ia hanya boleh didapati di pasar-pasar tamu di Sarikei, Mukah atau Sibu sahaja.

Untuk menghasilkan ikan lumek salai yang enak, ikan-ikan lumek yang segar dari tangkapan laut akan dibuang kepalanya dan serta dibersihkan.

Kemudian, ia akan disusun dengan kemas di atas para api dan disalai dalam tempoh masa selama 10 jam.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah

Ikan lumek salai sangat lazat dibuat masak singgang, sup, mahu pun dijadikan sambal dengan belacan dan cili.

Jika anda singgah ke pasar tamu di Sarikei, Sibu atau perkampungan Melanau di Tanjung Manis, Matu dan Daro, anggaran harga untuk ikan lumek salai sekilogram ialah sekitar RM 40.

https://www.youtube.com/watch?v=UH8NycNf5zQ
Sumber : Youtube Komuniti Semop

4. Sagu

Sagu pula merupakan makanan ruji masyarakat Melanau yang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun lamanya. Ia merupakan bijian kecil yang dihasilkan daripada tepung lemantak dan campuran bahan yang lain seperti hampas padi halus, santan kelapa, kelapa parut, garam dan perasa.

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah

Makanan ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu sagu biasa dan sagu benyoh (kelapa).

Bijian sagu ini akan dimasak terlebih dahulu menggunakan belanga atau periuk gergasi.

Sagu yang dimasak di atas belanga. Sumber : BERNAMA

Berbeza dengan sagu yang sering anda lihat dalam masakan bubur, sagu masyarakat Melanau ini boleh dimakan secara mentah bersama ulam-ulaman atau minum petang. Rasanya pula rangup dan berlemak. Ada juga yang memakan nya bersama ketupat pulut. Memang padu beb!

Pernah Makan Sesar Unjur? Kenali 4 Makanan Rare Yang Hanya Boleh Anda Dapatkan Di Mukah
Sumber : @syazwan_fizza

Sagu yang berkualiti tinggi dan premium mudah didapati di kampung-kampung bahagian Mukah. Namun, apabila anda melihat sagu dijual di luar kawasan tersebut, harganya melonjak naik kerana kebanyakan produk ini adalah self-made dan tidak dibuat dalam skala yang besar seperti di kilang-kilang.

Sudah kah anda merasai kesemua makanan ini? Walau pun ada di antaranya yang boleh didapati di tempat-tempat lain namun keaslian dan kesegaran nya tidak sama seperti yang anda rasai dari tempat asal nya iaitu Mukah, Sarawak.

Apa lagi makanan unik yang anda hanya jumpai di sesebuah tempat sahaja? Kongsikan kepada kami di ruang komen, okay?

Baca juga artikel menarik mengenai makanan Sabah dan Sarawak ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19 Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19
Next Article Di Celahan Hutan Tebal, Kenali Air Terjun Julan Tertinggi Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?