• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu

Oleh
Aina Musa
2 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu

Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang

Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu. Seorang wanita berusia 45 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali, dalam satu kenyataan akhbar hari ini, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang ramai sekitar jam 6.30 petang.

Wanita Ditemui Maut Terjatuh Dari Bangunan Pusat Beli Belah Bintulu. Sumber: Facebook

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas jalan di hadapan pintu lobi utama sebuah hotel berhampiran pusat beli-belah itu.

“Pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian ini, katanya sambil menambah polis hanya menemui lesen memandu si mati di tempat kejadian.

Nixon berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi,” katanya.

Mereka yang kesepian, dalam kesusahan, putus asa, atau terfikir untuk membunuh diri boleh menghubungi talian bantuan Befrienders Kuching di 082-242800 untuk menerima sokongan emosi dari 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari.

Atau e-mel [email protected].

Befrienders Kuching telah ditubuhkan pada 2018 oleh sekumpulan pengamal dan penjaga kesihatan mental (pakar psikiatri, pakar psikologi, pegawai perubatan, graduan psikologi, dan peminat).

Baca lagi artikel menarik:

Cetus Kebakaran, Polis Buru Suspek Lontar Bom Molotov Di KK Mart Jalan Satok
Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasrat Beraya Di Sabah Tak Kesampaian, Suami Isteri Maut Kemalangan Di Seremban
Next Article Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?