fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang ‘Online’ Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Nur Afifah by Nur Afifah
9 Mei 2020
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang ‘Online’ Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Khasnya Bagi Penjaja Stall, Kiosk Dan Gerai Bahu Jalan.

Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang ‘Online’ Bagi Penjaja Tidak Berlesen. Anda seorang penjaja kecil-kecilan yang tidak mempunyai lesen? Belum berdaftar dengan PBT? Jangan risau, kini anda juga layak mendapatkan bantuan geran Sarawakku Sayang bernilai RM 2,250.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pemberian geran sebanyak RM1,500 kepada peniaga serta penjual kecil-kecilan menerusi aplikasi SarawakPay. Kelmarin, bantuan tersebut ditambah lagi sebanyak RM 750 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 2,250. Jika sebelum ini, anda harus pergi ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan permit berniaga, kini anda hanya perlu mengemukakan permohonan secara ‘online’ sahaja.

ADVERTISEMENT
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang ‘Online’ Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Semak kelayakan anda seperti berikut :

  • MESTI warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall/kiosk/di bahu jalan sebelum 1 April 2020.
  • Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
  • Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  • Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  • PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.

Muat Turun Sarawak Pay Sebelum Melengkapkan Permohonan

Untuk pengetahuan anda, tempoh sah permit ini bermula dari bulan April 2020 hingga September 2020 tanpa sebarang bayaran. Pembayaran bantuan geran pula akan disalurkan menerusi aplikasi Sarawak Pay.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

Tawaran Biasiswa Penuh Di Universiti Brunei Darussalam, Permohonan Dibuka Sekarang

Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Oleh itu, pastikan anda telah memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna aplikasi Sarawak Pay bagi memudahkan urusan.

ADVERTISEMENT

Muat turun di sini : Google Play Store | Apple App Store

Sediakan sekali gambar berikut untuk dimuat naik kelak ;

ADVERTISEMENT
  1. Gambar MyKad (depan)
  2. Gambar terkini pemohon
  3. Gambar MyKad pasangan (jika telah berkahwin)
  4. Gambar gerai/tempat perniagaan
  5. Gambar lesen/permit (jika ada)
  6. Gambar bil pelbagai (jika ada)

Berikut adalah maklumat yang perlu anda lengkapkan untuk memohon permit ini. Ruangan bertanda (*) berwarna merah wajib diisi.

Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Ikuti Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang 'Online' Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Setelah selesai, hantar permohonan anda dan tunggu permohonan permit anda diluluskan.

Permohonan boleh dibuat di pautan ini : BORANG PERMOHONAN PERMIT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 2020

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang menjalankan perniagaan di e-Bazaar Ramadhan secara sah, anda juga boleh memohon permit untuk pengendali makanan serta permit penghantar makanan.

Jangan sia-siakan bantuan ini. Mohon sekarang!

Lagi artikel terkini berkaitan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 :

Share1215Tweet243SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy