• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kabong Kini Kawasan Wabak Demam Denggi, Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Segera

Oleh
Farisha
6 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Kampung Simpang Empat Kabong diisytihar kawasan wabak demam denggi, penduduk diminta ambil langkah proaktif

Kabong Kini Kawasan Wabak Demam Denggi, Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Segera. Kampung Simpang Empat Kabong baru sahaja diisytiharkan sebagai kawasan baharu wabak demam denggi selepas dua kes dicatatkan dalam tempoh 14 hari. Situasi ini membimbangkan dan memerlukan tindakan pantas daripada semua pihak.

Dalam mesyuarat tergempar yang diadakan di Pejabat Daerah Kabong, Pegawai Daerah, Encik Tahir Mohd Share, menekankan perlunya Majlis Daerah Saratok (MDS) segera bekerjasama dengan penduduk kampung untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong. Katanya, usaha bersama ini penting bagi memastikan kebersihan kawasan dapat dipertingkatkan.

Kabong Kini Kawasan Wabak Demam Denggi, Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Segera
Kabong Kini Kawasan Wabak Demam Denggi, Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil Segera. Gambar sekadar ilustrasi

Pemusnahan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Abdul Mualim Shah, memberi amaran bahawa pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah langkah paling kritikal dalam memerangi wabak ini.

Jangan biarkan air bertakung di dalam atau di luar rumah. Pastikan bekas air dikosongkan, bersihkan longkang, dan musnahkan tempat yang boleh menjadi habitat nyamuk aedes,” tegasnya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menasihati penduduk agar memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terutama semasa aktiviti semburan kabus dilakukan.

Pemeriksaan Kendiri dan Gejala Denggi

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohamad Buhaiqi Madi, mengingatkan penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga dan peka terhadap gejala demam denggi seperti demam tinggi, sakit sendi, dan ruam.

Beliau juga menyeru agar penduduk menjalankan pemeriksaan kendiri di rumah masing-masing. Jangan biarkan sampah menimbun, dan pastikan bekas air digunakan dengan betul.

Fokus Pada 11 Januari

Langkah proaktif yang diambil ini bertujuan memastikan tiada lagi kes demam denggi direkodkan selepas 11 Januari. Pegawai Daerah Kabong turut mengingatkan penduduk supaya memberikan kerjasama penuh semasa operasi kawalan dilakukan.

Buka pintu rumah semasa semburan kabus dijalankan. Ini penting untuk memastikan semua nyamuk aedes di dalam rumah dapat dimusnahkan,” katanya.

Wabak ini tidak akan tamat tanpa kerjasama anda. Jangan tunggu hingga terkena, ambillah langkah awal untuk melindungi diri dan keluarga daripada ancaman denggi.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai langkah pencegahan virus baharu di China, HMPV:

HMPV Lebih Bahaya Daripada Covid-19? Dr Sim Sarankan Langkah Pencegahan Awal

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article UTC Sibu Sesak Demi Mohon Bantuan SKAS Dan Kemaskini Akaun SPay Global UTC Sibu Sesak Demi Mohon Bantuan SKAS Dan Kemaskini Akaun SPay Global
Next Article Hotel Di KK Dikecam Gara-Gara Papan Tanda Guna Bahasa Asing, Ini Penjelasan Pihak Hotel Hotel Di KK Dikecam Gara-Gara Papan Tanda Guna Bahasa Asing, Ini Penjelasan Pihak Hotel

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?