Empat pemandu mabuk ditahan
Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching. Empat individu ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di di Kilometer 18 Jalan Kuching Serian, Padawan dan di Jalan Kota Samarahan Expressway, Sabtu lalu.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak – JSPT berkata, Op Mabuk itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Padawan dan Kota Samarahan.
“Saringan awal pemeriksaan menggunakan alat SDII+ sebanyak tujuh pemandu telah diuji termasuk BSPTD Padawan lima orang dan BSPTD Kota Samarahan sebanyak dua orang pemandu.
“Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II didapati empat pemandu positif kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧, jika sabit kesalahan.
JSPT Kontinjen Sarawak mengingatkan para pemandu agar mematuhi undang- undang dan peraturan jalan raya berkenaan dengan isu pemandu mabuk.
“Operasi ini juga akan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras pemandu mabuk di jalan raya.
