• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh membunuh kekasihnya kerana cemburu dengan mangsa yang curang.

Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati. Dilaporkan bahawa seorang pegawai polis berpangkat Inspektor hari ini telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah memmbunuh teman wanitanya pada tahun 2017.

Menurut Pesuruhjaya Christopher Chin, hukuman tersebut telah dijatuhkan kepada Sohffian Abu Hassan berusia 41 tahun, setelah berpuas hati pihak pendakwa telah membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Selain itu, Pesuruhjaya Christopher juga menjelaskan bahawa fakta yang dikemukakan telah membuktikan intipati pembunuhan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 300 Kanun Keseksaan. 

Sohffian Abu Hassan yang dahulunya bertugas sebagai polis berpangkat Inspektor didakwa membunuh Siti Nardah Abdullah yang berusia 33 tahun pada 21 Mei 2017, jam 3.15 petang di Kampung Kakai, Serian. 

Dia telah didakwa di bawah pertuduhan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

Inspektor Polis Bunuh Kekasih Di Serian Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Tertuduh menembak mati mangsa kemudian melarikan dirinya menggunakan kereta polis

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dipercayai telah menembak mati mangsa kemudian melarikan dirinya daripada tempat kejadian menggunakan kereta polis.Tertuduh kemudiannya memaklumkan polis lokasinya dan dia telah ditangkap serya merta di hadapan pasar raya di Matang.

Difahamkan bahawa tertuduh bertindak sedemikian kerana terlalu marah dan cemburu dengan mangsa yang curang bersama lelaki lain. Berdasarkan rekod polis juga, Sohffian Abu Hassan merupakan seorang duda dia juga tidak mengisytiharkan perkahwinannya kepada mangsa.

Walaubagaimanapun, ibu mangsa yang berusia 65 tahun telah menegaskan bahawa anak perempuannya itu telah pun berkahwin dengan tertuduh.

Disamping itu, difahamkan juga bahawa peguam yang mewakili tertuduh, CM Sundram dikatakan bakal membuat rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Suk Hui. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Perlu Lagi Beli Nombor Pin UPUOnline, Kini Boleh Mohon Kemasukan IPT Secara Percuma
Next Article Berubah Jadi Spiderman, Cikgu Pedalaman Sarawak Ini Buat Kejutan Sambut Pelajar Ke Sekolah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?