• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat

Oleh
Husna Hazmi
8 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang ibu di Miri tergamak menyamar guna gambar anaknya untuk kepentingan diri sendiri.

Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat. Kedua ibu bapa sepatutnya melindungi anak daripada pelbagai ancaman dan juga fitnah dunia, bukan sebaliknya!

Semalam tular perkongsian seorang wanita dari Miri Sarawak ini di Facebook setelah dirinya menceritakan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila dirinya dpergunakan oleh ibunya sendiri selama 7 tahun.

Ibu 'Catfish' Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat
Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat. Sumber foto: FB Biebiena Sandra IV
Ibu 'Catfish' Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat
Sumber foto: FB Biebiena Sandra IV

Berkenalan dengan ramai lelaki dalam talian

Dalam perkongsian tersebut wanita berkenaan berkata ibunya telah menggunakan gambarnya dan menyamar sebagai dirinya untuk berkenalan dengan ramai lelaki serta meminjam wang orang lain secara dalam talian.

Kecewa dengan tindakan ibunya yang tergamak menjual anaknya untuk kepentingan diri sendiri, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Dalam laporan berkenaan, wanita itu berkata bahawa dia telah mendapat pesanan Whatsapp dari rakannya menanyakan soalan adakah dirinya tahu mengenai sebuah nombor telefon ini. Wanita tersebut kemudiannya mengatakan bahawa nombor telefon itu merupakan nombor ibunya.

Ibu 'Catfish' Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat

Menyamar sebagai dirinya untuk meminjam wang

Namun demikian, apabila dirinya memeriksa nombor berkenaan, gambar profil Whatsapp nombor itu menggunakan gambar dirinya. Dia mengatakan bahawa ibunya telah menggunakan banyak gambar dirinya untuk berkealan dengan lelaki serta meminjam wang daripada orang lain.

Dalam laporan polis itu lagi, dia menyatakan bahawa dirinya tidak lagi tinggal bersama ibunya dan telah mengarahkan orang tuanya itu untuk berhenti menggunakan gambar serta menyamar sebagai dirinya.

Laporan polis ini dibuat oleh dirinya kerana wanita tersebut takut jika keselamatan dirinya terancam kerana perkara yang tidak dibuat oleh dirinya.

Hati-hati dengan penipuan dalam talian, ketahui jenis-jenis penipuan di luar sana:

Ketahui Penipuan Lovescam Dan Bagaimana Untuk Mengesannya
Ini Adalah 7 Jenis Scam Anda Perlu Berhati-Hati Dan Apa Anda Harus Buat Jika Kena Scam
SUMBER :FB Biebiena Sandra IV
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menang Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik, Wanita Dari Sarawak Raih Gelaran 'Mrs Global Asian 2023' Menang Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik, Wanita Dari Sarawak Raih Gelaran ‘Mrs Global Asian 2023’
Next Article Atas Kerjasama Dengan FELCRA, Sawah Padi Bakal Ditubuhkan Di Sarawak Atas Kerjasama Dengan FELCRA, Sawah Padi Bakal Ditubuhkan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?