• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020

Oleh
Ismail NA
21 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Inilah Peluang Anda Solat Hari Raya Di Rumah.

Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020. Raya pada tahun 2020 ini sememangnya bakal menjadi kenangan untuk kita semua memandangkan inilah kali pertama solat sunat hari raya hanya dilakukan di rumah sahaja bersama ahli keluarga. Bukan itu sahaja, aktiviti ziarah-menziarahi seperti selalunya tidak dapat dilakukan akibat pandemik yang sedang melanda.

Walaupun begitu, tarikh 1 Syawal tetap perlu disambut meskipun dalam keadaan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Solat sunat hari raya yang kebiasaannya ditunaikan di surau dan masjid pula dianjurkan untuk dilakukan di rumah sahaja.

Namun, anda tidak perlu khuatir kerana anda boleh melakukan solat sunat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau pun berjemaah.

Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020
Kredit : Johor Sana Sini

Apakah Hukum Solat Sunat Aidilfitri?

Solat sunat hari raya Aidilfitri dikategorikan sebagai sunat muakkad. Dalam Islam, sunat muakkad merupakan amalan sunat yang amat digalak untuk dilakukan.

Waktu Menunaikan Solat Sunat Hari Raya

Mula : 30 minit selepas matahari terbit

Tamat : Masuk waktu Zohor

Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020
Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan panduan ringkas solat sunat Aidilfitri yang telah dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak untuk anda menunaikan ibadah ini di rumah.

1. Niat

Lafaz niat solat secara bersendirian

Maksud : Sahaja aku solat sunat hari raya Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Taala

Maksud : Sahaja aku solat sunat hari raya Aidilfitri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala

2. Rakaat Pertama

– Takbiratul Ihram

– Membaca Doa Iftitah

– Takbir 7 kali (Allahu Akbar), diselang selikan dengan tasbih “Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallahu wallahu akbar“

Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallahu wallahu akbar

– Membaca Surah Al-Fatihah

– Membaca mana-mana surah

– Sempurnakan ruku’, iktidal, dua sujud dan duduk di antara dua sujud

3. Rakaat Kedua

Setelah bangun daripada sujud rakaat pertama,

– Takbir 5 kali diselang selikan dengan tasbih seperti di rakaat pertama

– Membaca Surah Al-Fatihah

– Membaca mana-mana surah

– Sempurnakan ruku’, iktidal, dua sujud, duduk di antara dua sujud

– Membaca Tahiyyat akhir

– Selawat dan salam

4. Doa

– Membaca mana-mana doa

5. Khutbah

– Sunat membaca khutbah raya jika solat berjemaah

Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020

Khutbah Aidilfitri pula sunat dibacakan selepas solat sunat hari raya. Sama seperti khutbah solat Jumaat, khutbah hari raya disunatkan untuk dimulakan dengan laungan takbir sebanyak 9 kali pada permulaan khutbah pertama. Manakala, takbir sebanyak 7 kali dilaungkan pada permulaan khutbah kedua.

Apa-apa pun, inilah peluang anda untuk beribadah dan memanfaatkan waktu bersama keluarga tersayang.

Sempena raya tahun ini, umat Muslim juga dilarang untuk menziarahi kubur semasa musim perayaan tahun ini. Baca artikel ini untuk informasi lanjut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band
Next Article Rumah Ibadat Dibenarkan Buka Di Zon Hijau Bermula 10 Jun 2020 Rumah Ibadat Dibenarkan Buka Di Zon Hijau Bermula 10 Jun 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?