• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band

Oleh
ILB - AI
21 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bistro dibenarkan beroperasi.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
  • SOP Peruncitan
  • Semalam, Kerajaan Sarawak umumkan Rakyat Sarawak yang pulang tidak perlu membayar kos kuarantin hotel :
  • Baca juga tradisi bertuntong di Sarawak :
Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band
Sarawak Benarkan Bistro Beroperasi Tanpa Karaoke Dan Persembahan Live Band

Walau bagaimanapun, hiburan seperti karaoke dan juga persembahan live band di bistro yang ingin dibuka adalah masih tidak dibenarkan setakat ini.

Sidang media tersebut juga mengigatkan rakyat Sarawak untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di pusat membeli belah, kedai runcit dan lain lain pusat pembelian.

SOP Peruncitan

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak juga telah mengeluarkan garis panduan untuk aktiviti peruncitan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi. Garis panduan adalah seperti berikut.

1. Memastikan penjarakan sosial diamalkan sepanjang masa
2. Menghadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa bergantung kepada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan

3. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum masuk ke premis
4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk

5. Mewajibkan pemakaian alat penutup hidung dan mulut oleh perkerja ketika berurusan
6. Menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan premis sepanjang tempoh operasi.

Garis panduan ini merangkumi kompleks membeli-belah, pasaraya/pasaraya besar, departmental store, butik/kedai pakaian, kedai serbaneka/mini mart dan pelbagai jenis perniagaan peruncitan yang lain.

Majikan dalam sektor peruncitan juga perlu menyelaras dan memantau kesemua garis panduan serta syarat syarat yang ditetapkan ini agar dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak juga memaklumkan bahawa rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara dan transit di KLIA atau KKIA tidak perlu memohon permit daripada polis untuk kembali ke Sarawak.

Mereka hanya perlu memohon kebenaran dari JPBN secara atas talian dan akan dikuarantin selama 14 hari.

Semalam, Kerajaan Sarawak umumkan Rakyat Sarawak yang pulang tidak perlu membayar kos kuarantin hotel :

Baca juga tradisi bertuntong di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesta Bertuntung, Tradisi Istimewa Melayu Sarawak Setiap Kali Menjelang Syawal
Next Article Ikuti Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Untuk Tahun 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?