Diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) dalam sidang media terkini
Rumah Ibadat Dibenarkan Buka Di Zone Hijau Bermula 10 Jun 2020. Menurut sidang media terkini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan semua rumah ibadat dibenarkan buka di zon hijau bermula 10 June 2020.
Namun, dengan syarat iaitu mengehadkan jumlah orang yang menghadiri rumah ibadat pada satu masa.
Selaris dengan SOP negara
Berikutan pertemuan antara pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama di negara ini, ia telah dibincangkan dan dipersetujui bahawa rumah-rumah ibadat di zon hijau akan dibenarkan buka dan harus mematuhi SOP negara.
Beliau berkata jumlah orang yang dibenarkan menghadiri rumah ibadat pada satu masa akan dihadkan dan tidak boleh melebih 30 anggota, tak kira seberapa besar pertubuhannya.
Tambahan pula, terdapat juga sekatan tertentu bagi mereka yang dibenarkan masuk. Menurut beliau, kumpulan yang berusia 71 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir dan hanya warga Malaysia sahaja dibenarkan masuk ke rumah ibadat.
Sanitiser dan topeng muka mesti digunakan dan dipakai sepanjang masa sementara para hadirin juga harus mematuhi peraturan menjauhkan sosial.
Selain itu, rumah-rumah ibadat hanya akan dibenarkan beroperasi sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada agama masing-masing. Beliau turut memberikan contoh anggota gereja yang berkumpul pada hari Ahad.
Keputusan ini dibuat berdasarkan persetujuan dari setiap pemimpin perwakilan agama dan rumah-rumah ibadat akan dibuka secara bertahap untuk menjamin keselamatan rakyat.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan perkahwinan di tempat keagamaan masih ditangguhkan buat masa ini.
