Disebabkan tidak bawa pasport lama, wanita ini kongsi pengalaman ke Korea Selatan ‘balik hari’
Impian Ke Korea Musnah, Gadis Terkandas Di Airport Gara-Gara Tidak Bawa Pasport Lama. Baru-baru ini, seorang individu memuat naik kisah atau pengalaman ‘sedihnya’ apabila tidak dapat memulakan percutiannya di Korea Selatan selepas ditahan pihak imigresen di sana.
Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, difahamkan inidvidu itu bersama rakannya sudah menyediakan jadual perjalanan dan mencetak semua dokumen yang diperlukan, termasuk tiket penerbangan, tempahan hotel, dan K-ETA, borang kebenaran perjalanan elektronik wajib untuk negara bebas visa.
Angkara tidak bawa pasport lama, pegawai imigresen di Korea tak benarkan mereka masuk
Menurutnya, apabila dia tiba di Lapangan Terbang Incheon, pegawai imigresen meminta semua dokumen biasa yang dia sediakan dan bertanya mengapa dia tidak mempunyai sejarah melancong.
Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa dia telah memperbaharui pasportnya tetapi tidak membawa pasport lama apabila diminta. Selepas itu, dia diiringi oleh pegawai lain untuk disoal siasat tambahan.
Memetik sumber, selepas temu bual itu, pegawai imigresen memaklumkan dia dan rakannya ‘tidak bersedia untuk perjalanan ini’ dan diarahkan untuk menunggu di dalam bilik sebelum diberitahu perlu pulang ke Malaysia keesokan harinya.
Tujuannya agar orang ramai lebih berhati-hati selepas ini
Dalam pada itu, individu itu turut menjelaskan tujuannya berkongsi pengalaman tersebut supaya orang ramai boleh mengambil pengajaran bahawa walaupun kita sudah bersedia tetapi masih boleh berlaku perkara yang tidak diingini.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa terkejut, malah ada yang tertanya-tanya sama ada ia menjadi satu protokol untuk membawa pasport lama bersama walaupun selepas memperbaharuinya.
Bahkan, segelintir netizen turut rasa bimbang akan berdepan situasi seperti itu dan berharap mereka tidak akan berdepan situasi di luar jangkaan.
Untuk makluman, pasport adalah cara utama mengenal pasti seseorang apabila mereka melancong ke luar negara. Ia mengandungi nama pemegang, tarikh lahir, gambar, dan maklumat pengenalan lain. Ini adalah penting bagi pegawai kastam dan imigresen untuk mengesahkan identiti pelancong.
